[Kisah perjalanan 7 hari termasuk arrival kat Butterworth train station] –Termasuk total budget dan tips
Day 6- 1/2/2016
Bila kaunter tiket dah bukak pagi tu, kami pon beli tiket
Lopburi-Bangkok (50baht). Then, kami naik train around pukul 2.30 pagi camtuh
dan sampai di Hua Lamphong Railway Station (Bangkok) around pukul 5.30 pagi.
At 2am in the morning, Lopburi |
Waktu kami sampai di Bangkok, time tu dah pon Subuh. Macam
mana tau kata dah masuk waktu? Time dalam train tadi terdengar bunyi azan
Subuh, maybe time tu kami ada lalu kawasan Muslim kot kan. Dekat railway
station tu, diorang ada sediakan musolla (surau), so, every Muslims boleh solat
dengan selesanya kat situ. So, first, kami pergi drop bag dulu (60baht). Then,
kami pergi mandi-manda membersihkan diri kat toilet dalam railway station.
Don’t worry, toilet dia ada sediakan tempat shower tapi kena bayarlah around
10baht.
Memandangkan kami sedar yang kami ni sebenarnya kebuluran
nasik-elmaklumlah perut Melayu, so kami decide untuk cari tempat makan. Mulanya
kami round food court, tapi macam tak yakin ja kan, jadi apa kami buat time tu
adalah berdoa penuh harapan agar jumpak balik brader pekerja railway station
yang tegur kami semalam tanya makan ka belum tu. Dan, Alhamdulillah sedang kami
berjalan keluar dari station, kami terserempak dengan dia. Dia pon bagitau la
kat mana kedai makan halal. Ala. Dekat ja pon, lintas jalan sikit ja. Tapi,
belakang-belakang sikit la.
Then, kami said thanks dan pergi cari kedai makan yang dia
bagitau.
Ada dalam dua tiga restoran halal gak sebenarnya kat situ. Jadi, lepas makan
nasik, kami jalan lagi kat situ dan makan lagi bihun sup yang kami jumpak
(55baht). Balas dendam sebab almost seminggu asyik makan maggi-bihum PAMA ja
kan.
Selepas tu, kami balik ke station dan beli tiket train
Bangkok to Butterworth, Penang. Tiket Bangkok-Butterworth adalah sekali dengan
katil, yang bezanya adalah kau boleh pilih sama ada nak katil bawah (mahal
siket) atau katil atas (murah siket). Both of us nak katil bawah, which worth
1220baht for each of us. Masa bertolak 2.45 pm. Waktu tu baru pukul 11.30 pagi
so, kami pon wandering around the station. Dah sebab kami dah pon nak balik
Malaysia dan kami perasan kami masih lagi kaya sikit, jadi kami berfoya-foya
dengan membeli ice-blended coffe kat Black Canyon dan jugak Dunkin Donut
(200baht). Lapaq baq hang! Ada jugak cubaan nak wandering kat luar sekitar city
cuma risau takut tersepit di celah kesibukan jalan raya dan aku dah pun blurr
di luar sana. Konon sebab panas. Hahaha, sorry to my partner!
SRT ticket Bangkok-Butterworth |
After Zuhr, aku dan member terus pick up bag dari kaunter
drop bag (60baht) dan terus gerak ke tempat menunggu kat train platform.
Sedang bersiap-siap ke platform tu, terserempak lagi dengan brader yang bagitau
lokasi restoran halal food tu. Kami pon sembang la sat. Dia siap pesan, nanti
datang la Bangkok lagi. Dia kata kalau nak, boleh tinggal contact number ka
apa, senang nanti kalau nak pergi Bangkok lagi kan.
Tapi tak pulak kami berbuat demikian, tak ingat apa dah aih. Ingat nak balik ja
time ni. So, kami said thanks a lot to him atas pertolongan before parting.
To say bubye to Bangkok now |
Dan pada pukul dua setengah camtuh pekerja station inform
yang kami dah boleh naik train. So, kami naik train, cari seat dan pada pukul
2.45 petang, train mula bergerak. Destination: Butterworth. O yeah! Balik
kampung!
Bubye Thailand! |
Atas train, jangan tanya apa yang kami buat. Tidur bangun,
tidur bangun sampai ke sudah. Maklumlah 23 hours journey kan! Uncle train
attendant tu ada la offer makanan, tapi disebabkan tiada sumber yang mengatakan
makanan dalam tu halalan thoyyiba, maka kami pon berpuasa (lah sangat!) Yang ni
SRT- State Railway of Thailand, sebab tu makanan dia tu penuh syak wasangka tu.
Kami makan maggi yang kami kami bawak dan mintak air panas ja dari café. Kami
ada beli Dunkin Donut dekat Bangkok station, remember? So, kami perabis stok
donut tu la. Brader yang duduk depan aku offer dia punya buah pisang, so aku
amek ja. Rezeki jangan ditolak.
Dalam pukul 7 malam camtuh, uncle attendant datang dan dia
tolong organize katil. Baik uncle-uncle ni, rajin datang tegur tapi dalam
bahasa Thai lah. Ada sekali tu dia datang membebel time ada mat salleh sebelah kami tu tak puas hati apa tah. Aku paham dia nak mengadu so, senyum jalah kan.
Disebabkan terlalu lenguh, aku siap jalan-jalan ke gerabak lain. Then, uncle-uncle
attendant tu tanya kenapa aku jejalan. Aku cakap ja lenguh nak exercise sikit.
Depa gelak ja.
Day 7- 2/2/2016 Arrival at Butterworth
Alhamdulillah,urusan immigration kat sempadan Thai-Malaysia
berjalan smoothly. So, dengan selamat kami masuk Malaysia melalui Perlis dengan
train. Muahaha. Jakun sat.
At the end, dalam 1 pm camtuh kami arrived kat Butterworth train station. Dan memandangkan
time tu tengah cuti Chinese New Year, jadinya aku decide untuk terus balik
rumah kat Kulim rather than take another train to KL. So, aku dengan member aku
pon berpisah di situ.
FIN.
Total budget yang dibawa per person
|
$250- mixed USD, THB, MYR convert siap-siap kat Malaysia.
|
Roughly budget yang digunakan:
|
RM800++ ke RM900 (bergantung kepada shopping level masing-masing)
|
Pesanan dan Tips:
1. Niat yang baik. Ecewah!
2. Banyak berdoa dan bertawakal kepada Allah selepas buat
research. Doa orang bermusafir ni selalunya Allah makbul, inshaAllah.
3. Jangan tinggal kewajipan kepada Tuhan. Solat. Kalau bulan
Ramadhan, puasa.
4. Smile, smile and smile. Walaupun kau spesis manusia yang
serious.macam aku.
5. Never ever leave your important and valuable things
unattended di mana-mana sahaja walau di dalam bilik hatta mau ke tandas
sekalipon. Beware of thief!
6. Kalau naik tuktuk, jangan letak beg bahagian takdak jaring
ataupun penghadang. Kalau tuktuk yang kau naik tu ada penghadang la kan. Kalau
takdak, pandai-pandailah nak hidup kan. Huhuhu.
7. Merendah diri dan menghormati perbezaan adat budaya orang
lain.
8. Lastly, kalau nak selamat, you should at least know some
basic sentences or words dalam bahasa local negara yang kau nak pergi. Contoh, ‘Thank
you’. ‘I’m sorry.’ ‘Train Station’. ‘How much’. ‘Bus’, etc. Aku siap bawak buku
‘Speak Thai with Confidence’ lagi. Dan, agak membantu sebenarnya especially if
kau tersesat dan nak tanya orang jalan yang betul.
Okay, then…maybe that’s all catatan perjalanan 7 hari
Cambodia- Thailand from me.
Inquiries, feel free to ask me.
Till we meet again. Ohohohoho.
Wassalam. Dan bubye.
Inquiries, feel free to ask me.
Till we meet again. Ohohohoho.
Wassalam. Dan bubye.