Wednesday, December 14, 2011

BaktiSiswa Dengkil

Bismillahirrahmanirrahim....
Dimulakan post dengan bismillah.
It's nothing actually, but tiba-tiba teringat waktu Baktisiswa Dengkil dulu. That was my first time joining Baktisiswa program.
Mulanya, ingatkan macam ramai yang nak join. Tengok-tengok waktu tunggu bas hanya ada dalam belasan orang.

Okay, tak ada apalah sangat ceritanya. Kami sampai di depan Masjid As-Sobirin Kg. Bukit Canggang dalam waktu Maghrib. Turun bas je terus azan berkumandang dari corong pembesar suara masjid. Kami pun pergi bersiap-siap dan terus ikut solat berjemaah di masjid. Solat Maghrib dan Isyak berjemaah di situ.

Usai solat, ada sorang pakcik datang bagi makanan. Macam tau je kami memang sedang kelaparan tahap kebuluran waktu tu. Apa lagi, membahamlah kami apabila diberi peluang!
 Kemudian, ada sesi pembahagian anak angkat. Kami pun tunggu punya tunggu, akhirnya dapat tau jugak siapa kami punya family.


 Aku dipasangkan dengan Sis Muzna. Dapat famili Jawa. Best kot! 

Memang happening la famili tu. Ramai ada waktu kami balik rumah. Segan, malu semua bercampur-baurlah. Tapi takpe, janji hidup bahagia.

Esoknya kena jadi 'fasi bidan terjun'. Tak ada preparation langsung. Mulanya kena jadi urusetia je, tengok-tengok kerana peserta program melebihi had sepatutnya, kami terpaksa ubah plan. Jadi fasi. Memang susah la nak handle budak-budak ni without preparation. Tapi, berkat kesabaran dan ketulusan hati kami, ALHAMDULILLAH, semua berjalan lancar. (ayat sengal)

Stop talking about program dengan budak-budak. Okay, hari berikutnya kami pergi edar sumbangan. Harapan di hati- rumah yang betul-betul miskin, dhaif. Tetapi malangnya, apa yang kami dapat adalah sebaliknya. Rumah memang kesian tengok, tapi bila dongak ke atas, "Aik, ada Astro?". Bila masok ke dalam rumah, "Aik, ada laptop semua cukup?". Bila ditanya, dijawabnya, "Anak semua dan bekerja. Yang sulung engineer. Yang kedua kerja kerajaan. Yang ketiga polis." Ada yang bila pergi tuh, nah! Rumah besar gila bapak!  Persoalan di benakku-"Sangat memerlukankah mereka ini?"- tiada jawapan untuk itu. Adakah sewaktu nak diedarkan bantuan pun ada unsur-unsur politik? Susah nak jawab.

Hari terakhir tu, ada majlis penutup. Dilaksanakan di Pejabat JKKK. Next to kedai Wak Samion. All families were invited. Kira ada la ucapan dari 'orang besar'. Kemudian, ada la sedikit makan-makan. Tangkap gambar buat kenangan sikit ramai-ramai.  Pastu tengok-tengok mak angkat ajak balik rumah dia kejap. Dapat la buah rambutan dan sedikit ole-ole dari famili angkat. Lastly, famili pun pergilah hantar di tempat berkumpul. Lepas saying tata to the family, kami pun berangkatlah pulang meninggalkan Dengkil.
Penat semua ada. Tapi, memang best la!

Wednesday, October 19, 2011

CFS IIUM campus

There's nothing more to apply. Okay, Shark dapat tawaran dari CFS IIUM. In what course? Ya, Human Science or in Malay-nya, Sains Kemanusiaan. Kalau tanya, Shark, dia kesal ke dengan apa yang dia dapat, she'll answer, "Not at all". Kerana apa? Kerana itu adalah pilihannya sendiri. Masa isi borang dulu, itu yang diletak atas sekali. Kalau tanya kenapa tak ch0ose Arabic or Islamic Revealed Knowledge? Akan dijawabnya, "Entah, tak rasa pon macam nak pilih kos2 macam tu". Shark sekarang dapat kawan-kawan baru. Dari German ada (Kelantan), kedah ada, Negeri Sembilan ada, dll. haa senang cerita. Hidup pun okay jela kat hostel. Makan dekat Kedai makcik kalau nak murah. Makan dekat Kawah Thai kalau rasa nak tom yam kaw punya. Makan dekat Tawakalmaju kalau rasa nak makan makanan mamak. Shark dan kawan-kawan selalu pergi Kawah Thai untuk nescafe ais. Tawakalmaju untuk nasik campur. >cerita merapu saya dalam kenangan

communication group section 808 1 11/12