Wednesday, July 4, 2012

Trip to Singapore- Day 3-4

Assalamualaikum wbth.,
Bersyukur kita hadrat Allah swt kerana masih mengekalkan nikmat Islam dan iman dalam diri kita sehingga ke hari ini. Alhamdulillah. Semoga dipelihara dua nikmat tersebut sehingga ke akhirnya.

******
Sambungan.......

Day 3
Pagi-pagi lagi selepas Subuh saya dan my sister memulakan perjalanan. Itupon selepas bersarapan dekat our hostel. Kebetulan pulak owner hostel tu masak Indian pancake. Perghhh~spicy. Pastu add two slices of bread with cinnamon tea. After that, both of us pon berjalan kaki ke Bugis MRT Station (10 minutes walking-maybe). That day, our plan adalah nak pergi Bukit Timah National Park. Naik MRT turun kat Station Bukit Batok.  Then, bus interchange to Upper Bukit Timah Rd. Nombor bas yang boleh anda naik- 67, 75, 170, 171, 173, 184, 852 and 961 (kami naik bas nombor 852). Waktu dalam bas, bila nampak aje signboard sebelah kiri tulis Hindhede Drive terus tekan loceng.  Bus stop tu opposite dengan Bukit Timah Shooping Centre. Ha, pastu jalan kaki along the Hindhede Drive tu-ikut signboard lah ye. Ada lah dalam 10 minutes walking sampailah dekat visitor centre.


Dekat Bukit Timah tu kami pergi tengok view tasik buatan kat situ. Cantik! Habes posing-posing apa semua kami pon jalan-jalan la sikit kat situ pastu terus pergi ke bus stop balik. Kalau sesape yang rasa nak mendaki bukit ke, dipersilakan lah. Waktu dekat bus stop tu kami decide pulak nak pergi mana. Tengok la board kat bus stop tu. Plan segala bagai, akhirnya ambil keputusan nak pergi Orchard Rd. Nombor bas tak ingat tapi ada je kat board tu. Pastu turun la dekat Orchard road tu. Banyak shopping mall la situ. Banyak barang branded. Dah penat round situ kami pon balik jalan-jalan kat Bugis St. Makan Burger King. Pastu balik tidur. 


Day 4
This is our last day at Singapore. Pagi tu kami packing barang lah bagai. Pastu keluar lagi. That day we went to Sentosa Island/ Universal Studio Singapore (USS). Naik MRT turun di Harbour Front Station. Boleh naik monorail Sentosa Express Vivocity-waterfront Station. Tapi, kami berdua jalan kaki aje from vivocity along the Sentosa boardwalk.  Tak lama mana pon. Ada dalam 20-25 minutes to arrive at the visitor centre. 


Masuk je dalam USS tu macam keterujaan aje kami ni. Haha. Tempat main la tu. Bawa budak-budak mesti best la. Ada Madagascar, Shrek, Transformers (must not miss), Steven Spielberg punya stage, Jurassic Park, Water Park lah bagai. Main lah habis-habisan kat situ. Pastu kami pon bergegas balik ke Bugis St. dalam waktu Zohor macam tu sebab hari nak hujan. Tapi, macam biasalah. Sampai je kat MRT Bugis tu terus sambung jalan-jalan dekat Bugis St. Beli ole-ole untuk dibawa pulang ke Malaysia le kan. Then, dalam pukul 6 petang macam tu kami start our journey to back home. Pergi Changi airport.
Hehe, that's all from my experiences there.


*
Naik MRT tu kena beli tiket kat General Ticketing Machine.
*Wear proper shoes sebab nanti sakit kaki kena berjalan banyak.
*McD and KFC di Singapore secara lumrahnya halal-boleh le kalau nak makan.
*Lain-lain restoran e.g. Burger King or else kena tengok cop HALAL singapore le. Makanan semua macam gitu-ada cop HALAL.

Remember! Singapore is a fine city-please watch yourself!
~any enquiries, feel free to ask.

Sekian, tq.
Wassalam.

Trip to Singapore-Day 1-2

Assalamualaikum wbth.
Bersyukur kita ke hadrat Allah swt kerana masih mengekalkan nikmat Islam dan iman dalam diri kita sehingga ke hari ini. Alhamdulillah.

******
Want to share my experience went to Singapore a fortnight ago. I went there together with my eldest sister. Hehe.. Trip selama lebih kurang 4 hari 3 malam itu memang best-walaupun kami berasa tersangat penat.
Day 1
Okay, waktu kami pergi tu we chose to ride a bus la. Kiranya naik bus from Hentian Kajang to Larkin. Pastu solat Asar there. Then, meneruskan perjalanan kami ke Singapore dengan menaiki bas SBS Link terus ke Queen Street (stesen bas Queen St.). On the way nak sampai tu jangan cakap la, memang lah busy dengan segala procedure kat imegresen kan.

Bila dah sampai kat Queen St. tu dalam nak dekat pukul 7 malam, kami pon turun la jalan-jalan searching for our hostel. My sister booked a backpacker's hostel for us to stay. Nama hostel tu adalah Feel At Home. Terletak di Jalan Pinang-in front of Masjid Sultan. Ada dalam 10-15 minutes searching for that hostel pastu jumpa. Malam tu after kemas barang sikit-sikit kami terus pergi Bugis Street. Dekat aje Bugis Street ni dengan hostel tu. Dalam 10-15 minutes je jalan. Tu pon kalau kena tunggu lama dekat traffic lights. Dekat Bugis Street tu pergi survey-survey aje. Lepas tu melepak-melengung aje kat situ. Dah puas melepak, kami pon balik lah ke hostel.
 Oh ya, solat pa semua done dekat Masjid Sultan la sebab room there agak 'comel'. Lagipon masjid memang dekat sangat-5minutes by foot. 

*********

Day 2
Keesokan harinya, pagi-pagi buta selepas Subuh we went out to the city. Breakfast taken at Victory Restaurant. Memang restoran tu berdepan dengan Masjid Sultan. Kat depan tu ada deretan restoran mamak le. Zam Zam, Victory dengan satu lagi tak ingat namanya. Makan kat situ la kami ni kerana dekat dengan hostel. Pastu jalan-jalan ja sekitar situ-Bugis St. and Arab St. Bugis St. tu kalau tengok rupanya lebih kurang Petaling Street. Arab St pulak rupanya macam Jalan TAR. Huhu~

Pastu dalam pukul 3 petang macam tu kami bergerak naik MRT ke Bedok. Inipon sebab my sister ada nak join cycling around Singapore-lebih kurang la. Dari Bedok, bus interchange ke East Coast pa benda tah. Bus nombor 401-if i'm not mistaken(hehe). Kami tak tau nama tempat nak turun waktu tu jadi kami cuma kira bus stop-ada la dalam 12-13 bus stop and then, kami pon turun. Berkumpul depan Burger King dengan yang lain-lain sebelum pergi pilih basikal sewa kat Cycle Max  sebelah tu. 18 dolar sing- basikal kira okey la. Ha, terlupa nak bagitau. East Coast-whatever tu tempat best la. Tepi laut. Ala-ala pantai merdeka gitu haa... Best jugak kalau pergi lepak-lepak situ. Tapi weekend memang ramai le orang kat situ.

Selesai pilih basikal, team cycling 20lebih orang tu pon start la perjalanan. Kenangan cycling ni memang best gila! Pergi banyak tempat jugak la. Yang still remember tempat-tempat famous jela. Marina Barrage-pergi lepak kat atas tu sambil main layang-layang, frisbee bagai. Ramai orang kat situ berkelah dengan main layang-layang. Siap ada pertunjukkan Red Lion lagi. Dengan jet pejuang, helicopter bagai la kan. Pastu ada la pergi Stadium tertutup Singapore area Kallang tu. Nampak orang tengah berkayak.

Dah round-round banyak lagi tempat,kami pon singgah makan dekat foodcourt mana tah. Kat area Boon Tatt Rd. Makan satay-please DO NOT forget satay udang !!! Sedap. After that kami pergi mana tah pusing-pusing siap cycled kat tempat 'dilarang berbasikal'. Ikut master punya moto la.." we cycle until we got caught okehhhh!!" haha. Sampai sekali tu kena patah balik sebab kena halau. Yang sekali lagi terpaksa angkut basikal naik tangga sebab security tunggu kat jalan suits for bicycle sebelah sana. Memang terbaekkk lah ! Tapi ingat ye, SINGAPORE IS A FINE CITY. Tersilap langkah boleh kena tahan kat sana tak boleh balik Malaysia. Hahaha. Lepas tu kayuh punya kayuh pergi lah park bicycle tu kat Cycle Max balik. Picked up a taxi back to hostel because dah tak ada bas waktu tu. 

Sampai je hostel, without shower or so whatever terus terjun ke alam mimpi.... Angkara keletihan kayuh basikal.

To be continued.......


Saturday, June 30, 2012

Perginya Seorang Ayah

Assalamualaikum wbth.,

Mulanya sekali ucapkan rasa syukur ke hadrat Allah swt kerana masih mengekalkan nikmat Islam dan Iman pada diri kita. Alhamdulillah.

Hanyalah secebis dua kata ingin mencoretkan perjalanan hari-hari pemergian ayahanda tercinta, Allahyarham Salleh Bin Haji Ahmad.

Isnin: 11.30pm
Arrived at KLIA from Changi Airport, Singapore. Naik teksi ke rumah kakak sampai jam 12 lebih. 


Selasa: 11.00am
Kakak pergi office. Saya siap-siap keluar makan kat مطعم الأرز العربي depan rumah kakak tu. Tapi, disebabkan tiba-tiba teringat handphone tak ada charger terus membuat keputusan pergi kedai area Hentian Kajang nak beli charger handphone. Dah siap beli tengok-tengok hujan rintik-rintik air bergelora pulak. Terus memecut balik la. Elok sampai dalam gate je hujan terus lebat. Dahtu berlari naik atas masuk dalam bilik. Sesampainya dalam bilik ternampak handphone tu bercahaya-ada orang call. Pergi tengok rupa-rupanya mama telefon. Mama khabarkan yang baba accident. Dah bawak pegi hospital segala. Yang saya ni dah start blurr dah. Otak saya ni dah mula mencerna macam-macam benda. Mama bagitau la yang baba patah kaki je. So, jangan risau la.


Petang tu jugaklah pecut balik Kulim dengan kakak dua orang tu.


Selasa: 12.00am
Sampai di Kulim. Terus gerak ke Hospital Kulim untuk tengok baba. Waktu tu baba still conscious la. Kakinya patah teruk. Tapi memang baba fully awake la. Siap bual-bual lagi dengan kami semua. Dahtu, kami balik rumah. Tinggal emak sensorang kat hospital. Inipon sebab mak sign surat agreement operation baba. Kiranya baba can be operated anytime la waktu tu. Hanya Allah yang tahu saya dah sayu gila waktu ni. Sampai nak bercakap dengan baba je pon rasa macam nak menangis. Mak pulak suruh saya balik. Yang saya yang memang dah blurr ni nak menangis, pusing belakang terus angkat kaki. Takmau menangis depan baba, takut dia risau ke apa. (Agak terkilan di sini). Malam tu dalam bilik, bantal jela jadi saksi aku menangis sensorang risaukan baba.


Rabu: 12.00pm
Planning nak tengok baba la. Pastu katanya waktu ni baba dah dioperate. Siap-siap masak segala bagai, we all pon siap-siap nak pergi hospital tengok baba. Mama ada kat rumah waktu tu because tukar syif dengan abang. 


Rabu: 1.45pm
Saya dengan Kak Wa pergi la hospital. Sebelum keluar rumah tu memang mama keep on repeating la., "Syakila, kalau apa-apa jadi ajarkanla syahadah...Tak kiralah orang yang kita jaga ke, orang lain yang ada kat situ ke, ajarkanla syahadah tu...". Mata mama berair. Saya tak mampu nak bercakap just angguk-anggukkan kepala saja.
Then, terus ke hospital.


Sampai kat hospital, Kak Wa meluru masuk ke ICU tu. Saya tolong pegangkan baby dia kat luar. Dalam beberapa minit tu kakak-kakak yang lain sampai dengan abang sekali. Dahtu kakak yang sulung masuk. Lepas depa keluar saya pulak masuk dengan Maksu. Tengok baba unconscious la. Yang nurse kerjanya menarik langsir tak bagi kami nampak baba. Rasa macam nak menangis tahap gaban. Tapi ditahan-tahan jugak. Pastu kena halau keluar.


Duduk kat luar tu lama la berkecoh-kecoh dengan anak-anak kakak semua. Pastu kakak dua orang tu balik. Sorang hantar maksu. Sorang lagi balik rumah le. 


Rabu: 3.00pm
Tinggal saya dengan kakak sulung. Kak Chaq lepas tu pergi surau-solat zohor. Tinggal saya sensorang-blurr-baca Yassin je kat luar ICU tu. Tengok-tengok mama sampai dengan abang. Mama pergi mana tah lepas tu. Paksu Muazzim dengan sapa pulak sampai lepas tu. 


Paksu Muazzim bagitau kata doktor panggil waris baba. Dia suruh la saya masuk ICU jumpak doktor. Dia cakap dia masuk sekali takpa. Saya pon pergi jela. Sampai depan nurse, nurse dok panggil-panggil waris baba. Dia tak kenal aku dia buat tak endah ajela. Yang aku pulak dah start rasa sebak tengok baba. Nak cakap sepatah word pon dah tak mampu. Tak lama lepas tu mama sampai. Doktor pon bagitau ada hal nak bincang pasal baba. Kena kumpul ahli keluarga. 


"Puan, sebenarnya pembedahan kakinya tu berjaya. Dia pon memang stabil selepas pembedahan tu. Kiranya pembedahan tu memang tak ada masalah la. Tapi, disebabkan keadaan dia yang umur dah banyak, dengan keadaan jantung dia tu..blood pressure turun. Dia pon kekurangan darah yang banyak kerana kemalangan tu. Jadi kita kena masukkan darah la. Tapi, puan fahamlah kan, kalau kita masukkan darah tu pon ada komplikasi-komplikasinya yang lain. Jadi, diminta ahli keluarga semua bersedialah untuk apa-apa kemungkinan." Doktor explain. 


Kami pon angguk ajela. Keluar balik ICU. Tunggu kat luar.


 Tak berapa lama macam tu doktor tu keluar dari ICU jumpak kami. 


"Erm..Sekarang adalah dimana keadaan jantung dia dah berhenti. Jadi, kami sedang pam lah. Tapi, mengikut keadaan ni selalunya susahlah nak berjaya. Jadi, diminta agar buatlah persediaan untuk apa-apa nanti." Doktor bagi penerangan ringkas dan terus berlari masuk ke ICU.


Saya pusing belakang aje meleleh air mata. Takut mama nampak airmata tu, kasi belakang je kat mama. Yang mama pulak terus peluk saya, tak bagi menangis. Kami just ambil buku Yasin tu dan terus baca je. Elok saya habis baca Yasin tu je dengar abang bagitau kata nurse panggil masuk ICU. Waktu tu memang hati saya ni dah dok berkata macam-macam. Baba macam mana? Dah tak dak ka? Ya Allah..tenangkan hati kami. Bagilah kami redho dengan ketentuanMU. Elok tu jugak kakak-kakak semua sampai balik ke hospital.

Kaki tetap melangkah masuk ICU dengan mama, abang, kakak-kakak semua. On the way nak sampai ke katil baba tu, selisih dengan doktor tadi. "Maaf Puan, kami dah cuba sedaya upaya. Dia dah meninggal dunia." Doktor tadi menyampaikan berita.

Kak Wa dah menangis. Saya tahan sebak. Sampai depan katil baba, hati ni rasa pedih sangat. Perit. Airmata hangat mengalir kat pipi. Rasa blurr sangat. Rasa macam dalam mimpi. Rasa macam waktu tak berdetik. Pastu dengar nurse cakap dalam masa sejam urusan jenazah akan dihantar ke rumah. Kami pon beransur keluar dari ICU. Saya dengan Kak Wa and Kak Wan balik rumah sebab nak kemas rumah la untuk pengurusan jenazah nanti.


Alhamdulillah, urusan semua lancar dengan bantuan jiran-jiran semua. Sedara-mara, orang-orang masjid, kenalan-kenalan baba semua datang la membanjiri kawasan rumah.


Rabu: 7.00pm
Dalam nak dekat waktu Maghrib tu jenazah baba sampai di rumah. Pastu jemaah masjid solat jemaah Maghrib kat rumah. Selesai solat, jenazah pon dimandikan. Diberi peluang untuk memandikan jenazah. Menggigil tangan pegang cebok air menahan sebak dalam dada. Lepas tu diberi peluang menabur wangian di sekeliling jasad baba. Saya mengucup dahi baba. Sejuk terasa. Sunyi. Sayu. Pusing aje belakang airmata keluar membasahi pipi. Lari ke belakang sebab tak tahan sangat nak tengok jasad baba. Dalam lepas Isya' macam tu, dah siap kafan semua la. Dibawalah ke masjid untuk dikebumikan. Yang nak jadi rezeqi baba lah kot, malam tu ada kuliah maghrib disampaikan oleh Tuan Guru Haji Salleh(classmate baba kat Mekah ka Madinah dulu). Ramai la orang yang ada turut serta solat jenazah baba. Kalau tengok jalan tu memang ramai la. Banyak kereta. Tak ubah macam keadaan nak solat sunat hari raya.


Kami pulak duduk kat tepi pagar masjid jela tengok orang kebumikan jasad baba. Diam ajela kami masing-masing.


Saya tahu, semuanya hanyalah pinjaman aje. Suatu hari mesti Allah akan ambil balik hakNya tu. Dan saya tahu, setiap orang akan menghadapi situasi yang lebih kurang macam ni. Seperti mana yang sedia maklumlah kan, setiap yang hidup akan menghadapi mati. Jadi, kita semua memang kena bersedia seadanya.


Sedih tu memang sedih la. Bayangkan, tengok je kereta jeep kesayangan arwah baba tu. Rasa sayu. Tengok je baju dia, serban dia, motorcycle dia. Rasa nak meleleh. Sabar jela. Doalah agar Allah kuatkan kita.


Semoga Allah ampuni dosaku, dosa ibuku sepanjang hayatnya ini, dosa ayahku sepanjang hayatnya dulu, dosa ahli keluargaku, dosa para guruku dan dosa para sahabatku, ya Allah. Ya Allah, tempatkanlah ruhnya dikalangan hambaMu yang beriman dan yang beramal soleh...
~amin.





Salam terakhir.... 

Terima kasih Allah kerana memberi pinjaman seorang baba yang terbaik untuk kami. Semoga Engkau merahmati beliau.

Wallahua'alam.

Friday, April 27, 2012

alQissah ZINNIRAH

Out of the blue, most of these days, aku/ana/saya selalu teringatkan kisah Zinnirah srikandi Islam yang aku sampaikan waktu usrah dua-tiga bulan lepas.

 

This adventurous story is awesome, reaching to the heart. Jika penyampainya menyampaikan cerita tersebut dalam keadaan, 'bercakap dengan hati' bukan bercakap dengan hanya otak dan mulut.

Zinnirah.

Siapakah Zinnirah?
Kan sudah dimention tadi, Zinnirah adalah seorang srikandi Islam. Salah seorang antara golongan terawal memeluk Islam di zaman Rasulullah SAW. Seperti sudah sedia maklum, golongan terawal yang banyak beriman memeluk Islam adalah golongan hamba sahaya. Kesimpulannya, Zinnirah ini adalah terdiri daripada golongan hamba sahaya.

Zinnirah telah dapat mengetahui tentang Islam melalui seorang sahabatnya, juga seorang hamba sahaya. Dari sahabatnya itulah dia mendalami Islam. Ketika itu, Islam preached secara 'AS-SIRR'. Kiranya, Zinnirah cuba sedaya upaya untuk merahsiakan pengislamannya daripada pengetahuan tuannya. Dia beribadah secara senyap-senyap.

Sampai suatu ketika, Zinnirah telah dijual kepada seorang lelaki Quraisy yang sangat terkenal dengan kebengisan dan kegarangannya. Siapakah lelaki itu? Lelaki itu adalah Umar al-Khattab (belum memeluk Islam). 


Zinnirah tetap beribadah secara senyap-senyap sedaya upaya agar Umar tidak menghidu kegiatannya. Namun, lama-kelamaan, berita pengislaman Zinnirah sampai juga ke pengetahuan Umar. 

Zinnirah pun mula diseksa dengan teruk. Dia telah diikat di padang pasir yang panas terik. Ditinggalkan dalam keadaan haus dan lapar. Hanya Allah menjadi tempat mengadu dan rintihan. Dalam keadaan dia diseksa, dia dipaksa untuk kembali menyembah Latta dan Uzza. Oleh kerana Zinnirah terus-terusan menolak untuk kembali menyembah tuhan berhala mereka, Umar mengarahkan seorang lelaki untuk membutakan mata Zinnirah. Ada mengatakan matanya dicucuk dengan tombak. Ada juga mengatakan bahawa dua biji matanya dikorek keluar.

Lantas, Zinnirah menjadi buta dan terus diseksa. Sehinggalah pada suatu hari, setelah mendengar berita keseksaan Zinnirah, Saidina Abu Bakar pun membeli Zinnirah lalu membebaskannya.


Zinnirah memenuhi masa bebasnya, dengan beribadat sepenuhnya kepada Allah. Sehinggalah pada suatu hari, dengan kekuasaan Allah, matanya dicelikkan kembali. Dia kembali boleh melihat seperti asalnya.
 

Kata-kata Zinnirah sewaktu dia diseksa....dia redha jasadnya diperlakukan sedemikian rupa. Kerana dia tahu, setiap jalan menuju syurga bukanlah mudah. Kerana dia tahu, walau di dunia dia terpaksa bergadai nyawa, di akhirat sana ada suatu ganjaran besar sedang menunggu dirinya...


Itu sahaja, sekian..
Wassalam.