Saturday, June 25, 2016

6- Journeyku, Cambodia-Thailand: Kisah perjalanan 7 hari termasuk arrival kat Butterworth train station

[Kisah perjalanan 7 hari termasuk arrival kat Butterworth train station] –Termasuk total budget dan tips

Day 6- 1/2/2016


Bila kaunter tiket dah bukak pagi tu, kami pon beli tiket Lopburi-Bangkok (50baht). Then, kami naik train around pukul 2.30 pagi camtuh dan sampai di Hua Lamphong Railway Station (Bangkok) around pukul 5.30 pagi. 

At 2am in the morning, Lopburi
Waktu kami sampai di Bangkok, time tu dah pon Subuh. Macam mana tau kata dah masuk waktu? Time dalam train tadi terdengar bunyi azan Subuh, maybe time tu kami ada lalu kawasan Muslim kot kan. Dekat railway station tu, diorang ada sediakan musolla (surau), so, every Muslims boleh solat dengan selesanya kat situ. So, first, kami pergi drop bag dulu (60baht). Then, kami pergi mandi-manda membersihkan diri kat toilet dalam railway station. Don’t worry, toilet dia ada sediakan tempat shower tapi kena bayarlah around 10baht.

Memandangkan kami sedar yang kami ni sebenarnya kebuluran nasik-elmaklumlah perut Melayu, so kami decide untuk cari tempat makan. Mulanya kami round food court, tapi macam tak yakin ja kan, jadi apa kami buat time tu adalah berdoa penuh harapan agar jumpak balik brader pekerja railway station yang tegur kami semalam tanya makan ka belum tu. Dan, Alhamdulillah sedang kami berjalan keluar dari station, kami terserempak dengan dia. Dia pon bagitau la kat mana kedai makan halal. Ala. Dekat ja pon, lintas jalan sikit ja. Tapi, belakang-belakang sikit la.

Then, kami said thanks dan pergi cari kedai makan yang dia bagitau.
Ada dalam dua tiga restoran halal gak sebenarnya kat situ. Jadi, lepas makan nasik, kami jalan lagi kat situ dan makan lagi bihun sup yang kami jumpak (55baht). Balas dendam sebab almost seminggu asyik makan maggi-bihum PAMA ja kan.


Selepas tu, kami balik ke station dan beli tiket train Bangkok to Butterworth, Penang. Tiket Bangkok-Butterworth adalah sekali dengan katil, yang bezanya adalah kau boleh pilih sama ada nak katil bawah (mahal siket) atau katil atas (murah siket). Both of us nak katil bawah, which worth 1220baht for each of us. Masa bertolak 2.45 pm. Waktu tu baru pukul 11.30 pagi so, kami pon wandering around the station. Dah sebab kami dah pon nak balik Malaysia dan kami perasan kami masih lagi kaya sikit, jadi kami berfoya-foya dengan membeli ice-blended coffe kat Black Canyon dan jugak Dunkin Donut (200baht). Lapaq baq hang! Ada jugak cubaan nak wandering kat luar sekitar city cuma risau takut tersepit di celah kesibukan jalan raya dan aku dah pun blurr di luar sana. Konon sebab panas. Hahaha, sorry to my partner!

SRT ticket Bangkok-Butterworth
After Zuhr, aku dan member terus pick up bag dari kaunter drop bag (60baht) dan terus gerak ke tempat menunggu kat train platform. 
Sedang bersiap-siap ke platform tu, terserempak lagi dengan brader yang bagitau lokasi restoran halal food tu. Kami pon sembang la sat. Dia siap pesan, nanti datang la Bangkok lagi. Dia kata kalau nak, boleh tinggal contact number ka apa, senang nanti kalau nak pergi Bangkok lagi kan. 
Tapi tak pulak kami berbuat demikian, tak ingat apa dah aih. Ingat nak balik ja time ni. So, kami said thanks a lot to him atas pertolongan before parting.


To say bubye to Bangkok now

Dan pada pukul dua setengah camtuh pekerja station inform yang kami dah boleh naik train. So, kami naik train, cari seat dan pada pukul 2.45 petang, train mula bergerak. Destination: Butterworth. O yeah! Balik kampung!


Bubye Thailand!
Atas train, jangan tanya apa yang kami buat. Tidur bangun, tidur bangun sampai ke sudah. Maklumlah 23 hours journey kan! Uncle train attendant tu ada la offer makanan, tapi disebabkan tiada sumber yang mengatakan makanan dalam tu halalan thoyyiba, maka kami pon berpuasa (lah sangat!) Yang ni SRT- State Railway of Thailand, sebab tu makanan dia tu penuh syak wasangka tu. Kami makan maggi yang kami kami bawak dan mintak air panas ja dari café. Kami ada beli Dunkin Donut dekat Bangkok station, remember? So, kami perabis stok donut tu la. Brader yang duduk depan aku offer dia punya buah pisang, so aku amek ja. Rezeki jangan ditolak.

Dalam pukul 7 malam camtuh, uncle attendant datang dan dia tolong organize katil. Baik uncle-uncle ni, rajin datang tegur tapi dalam bahasa Thai lah. Ada sekali tu dia datang membebel time ada mat salleh sebelah kami tu tak puas hati apa tah. Aku paham dia nak mengadu so, senyum jalah kan. Disebabkan terlalu lenguh, aku siap jalan-jalan ke gerabak lain. Then, uncle-uncle attendant tu tanya kenapa aku jejalan. Aku cakap ja lenguh nak exercise sikit. Depa gelak ja.

Day 7- 2/2/2016 Arrival at Butterworth


Alhamdulillah,urusan immigration kat sempadan Thai-Malaysia berjalan smoothly. So, dengan selamat kami masuk Malaysia melalui Perlis dengan train. Muahaha. Jakun sat. 
At the end, dalam 1 pm camtuh kami arrived kat Butterworth train station. Dan memandangkan time tu tengah cuti Chinese New Year, jadinya aku decide untuk terus balik rumah kat Kulim rather than take another train to KL. So, aku dengan member aku pon berpisah di situ.
FIN.


Total budget yang dibawa per person
$250- mixed USD, THB, MYR convert siap-siap kat Malaysia.
Roughly budget yang digunakan:
RM800++ ke RM900 (bergantung kepada shopping level masing-masing)

Pesanan dan Tips:

1. Niat yang baik. Ecewah!

2. Banyak berdoa dan bertawakal kepada Allah selepas buat research. Doa orang bermusafir ni selalunya Allah makbul, inshaAllah.

3. Jangan tinggal kewajipan kepada Tuhan. Solat. Kalau bulan Ramadhan, puasa.

4. Smile, smile and smile. Walaupun kau spesis manusia yang serious.macam aku.

5. Never ever leave your important and valuable things unattended di mana-mana sahaja walau di dalam bilik hatta mau ke tandas sekalipon. Beware of thief!

6. Kalau naik tuktuk, jangan letak beg bahagian takdak jaring ataupun penghadang. Kalau tuktuk yang kau naik tu ada penghadang la kan. Kalau takdak, pandai-pandailah nak hidup kan. Huhuhu.

7. Merendah diri dan menghormati perbezaan adat budaya orang lain.

8. Lastly, kalau nak selamat, you should at least know some basic sentences or words dalam bahasa local negara yang kau nak pergi. Contoh, ‘Thank you’. ‘I’m sorry.’ ‘Train Station’. ‘How much’. ‘Bus’, etc. Aku siap bawak buku ‘Speak Thai with Confidence’ lagi. Dan, agak membantu sebenarnya especially if kau tersesat dan nak tanya orang jalan yang betul.

Okay, then…maybe that’s all catatan perjalanan 7 hari Cambodia- Thailand from me.
Inquiries, feel free to ask me.
Till we meet again. Ohohohoho.

Wassalam. Dan bubye.


Thursday, June 23, 2016

5- Journeyku, Cambodia-Thailand: Kisah perjalanan 7 hari termasuk arrival kat Butterworth train station

[Kisah perjalanan 7 hari termasuk arrival kat Butterworth train station] –Mostly harga yang dinyatakan telah didividekan untuk dua orang.


Day 5- Bangkok-Lopburi (sunflower field)
Pagi tu around 9 am aku check out hostel (220baht). Staff tu bagitau, jangan naik tuktuk sebab mahal. Jadi, dia suggestkan untuk aku naik local bus to Hua Lamphong station. Bus nombor 73. Murah ja around 9baht ja kot dari situ ke station. Sebenarnya, dua kali jugak la aku silap naik bas sebab staff tu tak cakap aku patut naik bas bernombor 73 only. Ada lagi bas lain yang nombor 73 jugak tapi ada Thai character kat depan dia, dan bas yang tu tak pergi area railway station. Maka dua kali itulah aku dihalau turun oleh drebar. Tapi okaylah, depa tunjuk bas yang betul patut aku naik. Dan bas nombor 73 tu pon sampai.


Nak dijadikan cerita pulak, dah naik bas betul tu aku boleh tak dengar bila aunty conductor tu bagitau dah sampai Hua Lamphong. Manalah aku nak dengar dah tak paham pon dia cakap apa kan. Huhuhu. Maka, terlajaklah aku sampai ke hujung perhentian. Aunty tu membebel kat aku dalam bahasa Thai dan dia suruh aku turun. Dia kata dalam bahasa Thai “We are not going to Hua Lamphong anymore”.

Dan aku terus turun bas dan berhuhuhu di situ, in the middle of nowhere. Yang aku tau, tempat tu tepi sungai. Sungai apa pon aku tak tau. Nak tanya orang pon, dahla kedai semua tak bukak lagi. Aku ketawa sorang-sorang tepi jalan sambil berjalan sampailah aku jumpak balai polis. Aku lepak depan tu. Tapi risau gak takut nanti polis Thai keluar pastu tangkap aku ka sebab ingat aku ISIS kan. Dalam waktu yang sama aku sedar schedule aku dengan member dah lari angkara terlajak bas tadi. 


Then, saat aku dalam kerunsingan tu lalulah sebuah tuktuk. Aku pon tahanlah, redho ja tambang mahal ka murah. Alhamdulillah, kena 60baht ja. Maka selamatlah aku sampai di Hua Lamphong railway station. Kat situ, aku team up balik dengan partner-in-crime aku. Kat situ jugak kami disapa oleh seorang pekerja railway station. Boleh cakap Melayu brader tu. Dia kata dia asal dari Yala ka Narathiwat tah. Dia tanya kami dah makan nasik ka. Maybe sebab dia nak tunjuk tempat makan kot. Tapi kami reject dulu pelawaan dia baik-baik sebab kami nak jalan dulu.

Kami pon beli tiket train Bangkok to Lopburi (28baht). Time kami dok blurr tengok board train schedule tu, datang lagi sorang uncle pekerja railway station. Mulanya dia tegur dalam bahasa Thai maybe dia ingat kami bebudak Yala ka Narathiwat yang baru datang Bangkok kot. Dan, angin pon berlalu sampai member aku bagitau kami dari Malaysia.

Aku ingat lagi uncle tu tarik tangan baju aku ke depan board schedule. Dia tanya mana kami nak pergi. Kami bagitaulah dia. Then, dengan gigih dia terangkan dalam bahasa dia nak bagi kami paham. Tiba-tiba aku dengar dia sebut ‘neung, sawng, saam..’ which means one, two three..dan jugak perkataan ‘platform’ dan jugak dia tunjuk tujuh jari dia. So, aku bajet dia nak bagitau Lopburi Platform 7 kot. Bila kami sebut balik “Lopburi, Platform Seven”, dia kira jari dia balik one by one dengan English “one, two, three..”sampai seven. Dia pon angguk lega sebab kami dapat grab apa dia nak bagitau. 
At the end of the story, kami bertiga tepuk tangan kegembiraan di situ. Hahaha.




Berphotoshoot dulu sementara tunggu train sampai kan..

11.30-12.30pm: Train from Bangkok to Lopburi. Atas train tu kami sempat disapa oleh seorang sami Buddha dalam bahasa Thai. Aku rasa kesan dari aku senyum kat dia mula-mula naik train tadi. Aku rasa dia nak ajak sembang ja tu kot. Huhuhu. Then kami tinggal bag kat kaunter bag drop (15baht).
Dah sampai Lopburi
Dah sampai Lopburi, merayap sesat pulak. Berapa kali naik songthaew pergi balik dari tempat yang sama. Akhirnya, masuk tanya sorang pekerja kedai gajet. Alhamdulillah, dia reti cakap English dan dia tolong kami ke jalan yang benar., naik songthaew ke bus terminal (16baht). Dia tuliskan kami note dalam bahasa Thai untuk kami tunjuk kat drebar Songthaew. Mungkin berguna jugak untuk korang yang nak pergi sunflower field Lopburi nanti kan.
Note from brader Thai
Atas songthaew pulak aku dengan beraninya poke sorang uncle askar Thai ni mintak tolong dia bagitau kat mana tempat betul aku nak turun sambil tunjuk note yang brader kedai gajet tadi bagi. Dah turun pulak kami tanya abang-abang polis diorang tak tau nak bagitau. Aduhai. Tapi okay, kami serbu sorang aunty penjual jajan dan dengan body language ja dia bagitau kat mana bus terminal tu. Bring it on aunty!
Dari bus terminal, kami naik bas kaler hijau platform berapa aku tak ingat. Tunjuk gambar sunflower field dan drebar ajak naik bas dia (15baht). Dia drop kami kat sunflower field. Dah kami sibuk dan lupa daratan berphotoshoot kat situ, kami tersedar yang we’ll gonna miss the last train for that day from Lopburi to Bangkok. Kami pon bergegas tunggu bas. Tunggu punya tunggu last-last bas tak datang. A couple yang menjual kat situ teman kami for about 2 hours la jugak sampai dah maghrib. Kami sembang la guna buku bahasa Thai yang aku bawak. Kami tunjuk soalan, depa tunjuk jawapan. Hahaha.


Berphotoshoot di Sunflower field, Lopburi-before tertinggal bas. Hahaha
Suddenly, ada satu family Thai yang pemurah dan baik hati ni datang berphotoshoot kat situ jugak. Couple tadi bagitau masalah kami kat depa kot. So, depa tumpangkan kami sampai ke bus terminal. Malu sungguh derr. Tapi, okayla family peramah dan cuba untuk sembang walaupon masing-masing tak berapa nak paham. Sempatlah kami berkenalan dengan depa. Depa rupanya dari Chiang Mai. Jalan yang depa nak lalu tu satu jalan dengan bus terminal, so, takdaklah rasa bersalah sangat kami ni.
Then, dari bus terminal kami naik songthaew ke railway station (10baht). Kat situ kami lepak sampai pukul 2 pagi sebab train ke Bangkok start ada balik time tu. So, kami pon shopping la makanan kat 7-eleven (80baht) dan makan sambil lepak kat bench train station tu sampai pagi.



Kisah menarik dekat Lopburi railway station ni was that member aku kena ngorat dengan sorang askar Thai. Yang bestnya aku kena jadi orang tengah. Dengan buku-buku aku sekali dia buat cagaran nak mintak nombor telefon dengan facebook member aku tuh. Sengal sungguh. Hahahaha. Lawak tau dak. Tak boleh blah sungguh.

TBC...




4- Journeyku, Cambodia-Thailand: Kisah perjalanan 7 hari termasuk arrival kat Butterworth train station

[Kisah perjalanan 7 hari termasuk arrival kat Butterworth train station] –Mostly harga yang dinyatakan telah didividekan untuk dua orang.

Day 4- 30/1/2016 Siem Reap-Bangkok


Selepas siap-siap berkemas bagai pagi tu maka kami pon Check out hostel. Total price for staying there worth $10 (for two persons). Memandangkan kami dah pon beli tiket bas untuk ke border, maka kami cuma tunggu bas tu datang pick up. Datang around 7.45 pagi camtu arr.

Staff hostel yang kami sembang semalam. After check out.
So, our journey ke Thailand pon started there. We rode the bus until border Poipet. Selesaikan urusan immigration dan Alhamdulillah everything went smoothly. Maka kami pon selamat masuk menjejak kaki ke Thailand. Dah masuk Thailand terpinga-pinga kejap sebab nak cari transport ke Aranyaprathet railway station. Nasib baik ada sorang aunty Thai ni datang tolong dan dia tolong panggilkan uncle driver tuktuk. Pakcik drebar tu pon bawaklah kami dari border terus ke Aranyaprathet railway station (75baht).*Sebenarnya kalau nak jimat lagi naik songthaew boleh rasanya. (Songthaew adalah sejenis pengangkutan awam di Thailand-boleh google kalau nak tengok gambar). Tapi ada sorang brader tu dalam blog dia, dia cakap dia naik songthaew. Itu aku pon tak berapa pasti sebab bila kami sampai situ kami adalah agak blurr dan tak nampak pulak songthaew jejalan kat situ.


Naik tuktuk dari border ke Aranyaprathet Railway Station
Around 1 pm kami sampai kat railway station. Kami blurr nak beli tiket sebab kaunter tutup. Kami try tanya dua tiga orang local kat situ dengan soalan menggunakan satu perkataan “rot fai?” Diorang pon jawab dalam bahasa Thai. MashaAllah.  Subhanallah. Tak paham. Dan kami pon berhuhuhu di situ.
Sampailah ada dua tiga orang budak yang agaknya kesiankan kami ni, rasanya student international kolej ka apa kot (aku usyar beg diorang) datang membantu. Rupanya, kaunter tutup lunch hour. Pukul 2 bukak balik. Tiket Aranyaprathet ke Bangkok (48baht).
Aranyaprathet Railway Station
1.55pm-8.30pm- Train dari Aranyaprathet ke Bangkok (Hua Lamphong train station). Ini semua atas guide budak yang tolong kami tadi tu. Pandai pulak diorang cari seat dekat dengan kami atas train. Ngehngehngeh. Ada air yang aku beli atas train (40baht).

Dalam perut train
Sampai di Bangkok Hua Lamphong station, aku berpisah dengan member aku sebab kami book lain-lain hostel akibat nak jimat sangat punya pasal. Harga paling murah lah tu.
8.30pm-9.30pm- Tuktuk to Home Hug Hostel (300baht). Yang ni memang mahal. Kata uncle drebar tu memang aku punya hostel tu jauh ke tengah bandar plus time tu memang tengah peak hour untuk jalan jem. Ditambah pulak aku mintak uncle tu bawak aku pergi moner exchanger premise kan. Aku sedar ja sebenarnya harga tu memang mahal pon. Tapi, disebabkan aku memang dah lesu tak bermaya kebuluran nak mandi mengantuk bagai, aku redhokan. Dah tak larat angkat kaki nak cari nearest bus stop. Nasib baik gak uncle tu jenis peramah. Boleh jugak cakap English. Kira aku anggap khidmat tour guide gakla kan. Dia pesan dua tiga kali kat aku beg jangan letak sebelah takdak jaring tiap-tiap kali naik tuktuk, sebab takut kena ragut nanti. Thanks Lung.
Check-in Home Hug Hostel. Staff dia peramah. Siap bagi tips lagi kat aku cara nak pergi railway station by local bus. Rest.
TBC...




3- Journeyku, Cambodia-Thailand: Kisah perjalanan 7 hari termasuk arrival kat Butterworth train station

[Kisah perjalanan 7 hari termasuk arrival kat Butterworth train station] –Mostly harga yang dinyatakan telah didividekan untuk dua orang.

Day 3- 29/1/2016    
                                                                                                 
After Subuh dan breakfast, kami decide untuk sewa basikal yang hostel punya ($1/day).
So, around 8.00am- 3.00pm- we cycled around the town. Tujuan utama tu sebenarnya nak cari satu hostel yang sediakan bus trip untuk ke border Poipet Cambodia-Thailand. Kata member aku, hostel tu punya trip murah sikit dari yang lain-lain. Tapi, ada je sebenarnya yang lagi murah, tapi korang kena pandai carilah ye. 

Sementara cycling tu, kami pon melawatlah wat-wat yang ada kat town tu. 
Wat pertama yang kami jumpak dan masuk sebab curious nak tengok macam mana pagoda diorang buat tuition kelas bahasa free atau kos murah untuk locals adalah Wat Preah Prom Rath. Sebab letih sangat, aku pon duduk la sat bawah pokok kat situ sambil jaga basikal dan tengok sorang cikgu tu mengajar kelas English kat student dia. Aku tau dia perasan aku dok tengok dia. So, aku senyum jalah kan. Elmaklumlah kat tempat orang.


Habis kelas tu, dia datang kat motor dia which is sebelah aku dan dia pon cuba la berbual. Dia tanya where do I come from dan ada la benda lain sikit-sikit dia tanya. Last sekali dia bagitau kalau kami nak tengok monks or novices, kami patut pergi another wat dekat situ jugak, Wat Bo namanya. Ini adalah kerana semua monks kena pergi Wat Bo tu that day. Diorang ada exam katanya. So, kami pon said thanks dan terus kayuh pedal basikal ke Wat Bo. Konon nak cari monks punya pasal.


Pusing punya pusing Wat Bo tu dari depan ke belakang ke depan balik, bayang sorang monk pon kami tak nampak. Aku siap terjatuh basikal lagi kat situ. Sungguh memalukan. Hahahaha. So, kami pon keluar dari kawasan Wat Bo then menuju ke arah town.

Pagoda

Wat Preah Prom Rath
Kami di perkarangan Wat Preah Prom Rath
Dan ada la aku beli mineral water ($1) while cycling.

In the middle of the town

Mariam bersama hpnya. Dan Khmer mineral bottle
Our bicycles
Beli tiket bas kat The Siem Reap Hostel untuk ke Poipet (border Cambodia- Thailand) which worth $8. Kami ada singgah satu supermarket ni. Motif: cari benda yang harga paling nak sama dengan duit Malaysia. So, aku pon terbelilah air tin 7up dengan harga $0.5.

Ada jugak kami jumpa sekolah dan university yang ada di sekitar Siem Reap town tu.





Then, kami kayuh balik hostel. Rest. Book hostel kat Bangkok untuk esok siap-siap.
9.30pm-10.30pm- Angkor night market. Shopping again ($25). Balik hostel, macam besa, kami lepak dulu kat lobi. Sembang dengan this one staff yang nampak macam interested nak sembang dengan kami since the very first day kami kat situ, tapi dia tak pernah datang pon. So, kami la pergi berbasa-basi dengan dia. Elkisahnya esok kan kami dah nak check out, so why not?

Rupanya dia seorang yang educated la. Ada degree in law school.  Dahtu suka membaca pulak. Katanya dia suka pergi library. Tak kisahla. Yang mencabar tahap keimanan tu adalah dia punya curiosity level. Banyak jugakla dia tanya pasal agama Islam. Dia kata dia mintak maaf sebab tanya kami banyak soalan pasal Islam sebab before this dia ada gak try tanya kat guests Muslim atau kawan-kawan Muslim dia dari kampung sebelah, tapi dia kata diorang akan refuse to answer or change the topic immediately. Katanya, kami ni ja yang nampak macam open sikit nak rileks-rileks dengan diorang dan okay ja kalau diorang tanya bab tudung or prayers or food or man-woman relationship in Islam. 

Yang paling mencabar keimanan sekali bila dia tanya soalan bab Tauhid. Mak aih. Dugaan apakah ituh la kan. Aku sampai terduduk kat situ sebab nak pikir jawapan. Mengucap jugakla kami kat situ. Huhuhu. Dugaan sungguh. Dia tak tau kami ni ‘berhuhuhuhu’ kat situ.
Lepas penat berhempas pulas, sedar diri dan tersentap hati juga perasaan kat situ, kami pon mintak diri masuk bilik dan packing barang siap-siap untuk journey esok.

TBC...


2-Journeyku, Cambodia-Thailand: Kisah perjalanan 7 hari termasuk arrival kat Butterworth train station

[Kisah perjalanan 7 hari termasuk arrival kat Butterworth train station] –Mostly harga yang dinyatakan telah didividekan untuk dua orang.

Day 2- 28/1/2016   
                  

Lepas Subuh pagi tu, Driver kami (Mr Kim) bawak pergi beli tiket Angkor Wat for one day pass ($20).

One day Pass Angkor World Heritage. Abaikan muka serius.
Kami hired a tuktuk driver yang dah pon kami inform the day before. Mulanya berangan nak tengok sunrise kat Angkor Watlah kan pagi tu. Last-last tak bangun. Nasib baik sempat Subuh. Punah harapan! Kami hire tuktuk tu untuk package ke Angkor area+ Banteay Srey+ Kbal Spean ($31).

Information: http://www.khmerangkordriver.com/ (Mr Long Kim San+Mr Long Kim Seng)

Pastu ada la aku beli air botol oishi tu for $2. Dahaga sangat. Mahal pon tak kisah dahla kan.

Perjalanan:
6.45am- 8.00am- Banteay Srey (1jam perjalanan dari town Siem Reap dengan tuktuk). 

Banteay Srey
8.30am- 11.30am- Kbal Spean. Terkejut aku. Rupa-rupanya kena hiking derr nak sampai puncak kalau nak tengok temple dia. Yang bestnya, ada Cambodian aunties yang lepak ja hike pakai high heels. Mak aih. Dahla trek tu agak berliku dan berbatu. Tak paham aku. Sampai atas tu kau boleh tengok la still ada Cambodians or Hindus yang chanting their prayers kat situ.




Kbal Spean
12.00pm- 3.00pm-Ta Phrom Wat. Ini glamour as a tempat shooting for Lara Croft: Tomb Raider.
3.30pm-4.15pm- Angkor Wat. *tak tunggu sunset sebab dah penat sangat berhiking kat Kbal Spean dan bergambar kat Ta Phrom. Kami just bergambar ja kat depan mercu Angkor Wat yang famous tu sebab kami dah broke our legs for the previous temples. Maaf takdak gambar kat Angkor Wat sebab terdelete. Hahahaharubiru.

4.45pm balik hostel. Lepak dengan staff-staff hostel kat lobi. Diorang terkejut bila kami bagitau kami cuma bawak around $250 ja. Diorang kata we cannot survive in Cambodia for 4 days. Sedih kami mendengarnya. Huhuhu. But Alhamdulillah, everything was fine. Pastu dalam keriuhan kami tu, datanglah jugak penghuni hostel lain yang join kami. The guy from Spain. Ada yang tegur-tegur sambil lalu ja. 

Banyak la yang kami sembang. Dari sesi ice-breaking, cerita pasal kerajaan negara masing-masing, experiences, etc. Pastu aku ada bagi kat sorang staff maggi kari berapi jenama Mamee tu. Pastu dengan slumber badak dia offer Angkor beer kat kami. Sengal. Beria dia suruh kami try. MashaAllah. Sabaq jelah layan perangai depa ni kan. Layankan jelahhh..
Lepas merepek-merepek merapu, berkongsi tips, tanya itu-ini, gossip, sembang politik bagai, kami pon mintak diri. 
Then, rest.


TBC...



Journeyku, Cambodia-Thailand: Kisah perjalanan 7 hari termasuk arrival kat Butterworth train station

[Kisah perjalanan 7 hari termasuk arrival kat Butterworth train station] –Mostly harga yang dinyatakan telah didividekan untuk dua orang.
Kuala Lumpur-Siem Reap (Flight)
Siem Reap- Bangkok- Lopburi- Butterworth (Train-Overland)
Actually, tak pernah terfikir pon nak pergi Cambodia ni pada awalnya. But then, ada member tiba-tiba terbagitau yang dia nak pergi Cambodia on 27 Januari 2016. Aku rasa macam best gak kalau ikut dia. Hahaha. Maklumlah baru nak acah-acah backpacking jauh sikit kan. Sebelum ni Singapore ja pernah sampai dalam keadaan sorang-sorang pon.

So, aku pon dengan cepat, pantas dan efisyennya terus membooking tiket Air Asia yang kebetulan time tu tengah sale. Alhamdulillah, dengan segala limpah kurnia-Nya, aku berjaya booked tiket on 27 Januari 2016 bertolak jam 6.50 pagi waktu Malaysia dengan harga lebih kurang RM100+ including luggage 15kg+insurance. Hahaha. That 15kg is for the sake of the future la. Manalah tau kan tiba-tiba nanti beg aku jadi berat over 7kg ka kan, naya ja tak buleh bawak naik cabin. At the same time, member aku pon ada bagitau yang dia nak tumpang ubat-ubatan dan makanan dalam beg aku. So, tak rugilah 15kg aku tu.
Ada jugak orang tanya how about food? Is it difficult to find halal food there in Siem Reap? The answer is not that difficult. Ada ja halal restaurants, mostly near the Muslim village. Tapi, kami tak makan gak kat situ sebab mahal. Elmaklumlah semua harga converted to USD. Kami nak jimat. Kami takut nanti bajet kami tak cukup sebab kami nak balik Malaysia ikut jalan darat by train!
Jadinya, kami bawak maggi-bihun PAMA-Milo-nestum kami sendiri. Nestum tu aku suka bawak sebab senang bawak pergi mana-mana.Sumbat ja dalam beg dan sumbat ja dalam mulut bilamana terasa lapar.

Now, the journey begins!

26/1/2016

Lepas Zuhur aku dah bertolak dari UIAM Gombak naik LRT straight ke KL Sentral. Aku pilih naik bas transit ja dari KL Sentral ke KLIA2 sebab yang tu paling murah dalam RM10 ka RM12, aku tak berapa ingat. People asked, “Why la u go so early to KLIA2?” Yalahkan, flight aku pukul 6.50 pagi esok kot. Jawapan aku senang. Aku saja nak bagi sampai situ awal. Boleh lepak-lepak.rileks rileks. Berjimba apa dulu. Sempat la berkenalan dengan Pakcik Guard KLIA2 tu sementara tunggu member aku yg fly dari airport Penang. Estimated dia sampai dalam pukul 12.30 malam camtuh.

Day 1-27/1/2016 Siem Reap, Cambodia.

Bila member aku sampai, kami pon berjimba-jimbalah, selfie apa dulu, makan-makan dulu. Sampailah around pukul 4 pagi camtu aku pon pergi la Check-in. Member aku still chill-chill dulu, sebab flight dia dalam tengah hari gitu.
Flight aku depart at 6.50 am. Arrived in Siem Reap International Airport at 7.50 am Cambodian hour, kira-kira 8.50 am waktu Malaysia.
 
From inside at 6.50am

Arrived in Siem Reap! 
Benda yang aku buat pertama sekali adalah selfie dan beli Simcard SMART ($5). Elmaklumlah nak ada internet access kan. Mana la tau tiba-tiba tak dapat wifi ka kat hostel. Then, aku pilih untuk tunggu member sampai sebab dia amek flight tengah hari. Dia sampai around 2.30pm. Disebabkan aku tunggu dari pagi kat airport tu, uncle immigration Cambodia tu siap datang tanya aku lagi if I need any help. Bukan apa, dia kata aku tunggu kat situ dah lama sampai dia dah habis shif dah. Hahaha. Risau gak aku kang dia report kata aku ISIS ka kan.

Okay, why did I chose to wait for my friend there? Ini adalah kerana kami nak naik tuktuk yang dah disediakan oleh hostel yang memang kami dah booked siap-siap dari Malaysia untuk jimat kos.
Hostel kami: Moonlight Kiss Hostel. Kami google through booking.com. *friend’s advice, kalau nak tempah hostel, tengok yang sediakan FREE airport shuttle, dan dekat dengan tempat yang kau teringin nak pergi. Senang kerja kau.


After Check-in, kami rehat sat dan round hostel tu. Belakang dia ada swimming pool. Ahaks!
Around 5.30pm, pergi the nearest Muslim village sebab nak cari masjid (tak ingat nama kampung tu). Around 5 minit jalan kaki ja dari hostel. At first tu jenuh gakla nak explain kat staff hostel tu yang kami nak cari masjid. Hahaha. Whenever outside the country, you will understand yang body language is somewhat important! But, don’t worry diorang faham ja English, cuma nak explain perkataan ‘Muslim prayers’ or ‘solat’ or ‘mosque’ or ‘masjid’ tuh ja yang susah sikit. Nasib baik staff tu cerdik dan dia suruh pergi tanya orang kat kampung Muslim tu.

Selfie berbackground hostel
In front of the Moonligh Kiss Hostel
Depan Masjid An-Neakmah

Dengan Mariam dan sorang budak Kemboja

7.00pm-Pergi Temple Bar (level 2) kat Pub Street untuk tengok Apsara Dance for FREE! Nak lagi best pergi la Smile of Angkor yang worth about $48 (kami tak mampu). Kami order Pumpkin dessert+ Apple shake for $4.5 . Makan sambil tengok show. Dan sebenarnya, kami pon tak percaya yang kami boleh jejalan kat Pub Street tuh. Dah nama pon Pub Street kan, memang banyaklah pub kat situ. So, mostly, during night time, banyak foreigners omputih and locals, drunkers jalah yang ada situ. Bagi pompuan, hati-hatilah bila berjalan kat situ waktu malam.

Watching FREE Apsara performances
Serawa labu and apple shake
Me with ma phone

Show habis around 10pm terus pergi Angkor night market. Shopping ($24). Kalau kau memang pandai bargain, kau memang akan boleh dapat harga murah. Dan paling utama, carilah kedai yang paling murah. Kawan aku siap kena tipu lagi dengan auntie sorang tu sebab pekerja dia tersalah bagitau harga. Tapi, auntie tu just continue playing with the price yang silap tu which make it much more expensive dengan the actual price. Rugi beb!

Lepas shopping terus balik hostel. Feveret kami adalah lepaking at the hostel lobby. Bila kau duduk ja kat situ, akan ada staff yang datang dan berbual dengan kau. Kat situ kau dah boleh dapat free tour advice dah. Dari situ la kami tanya do’s and dont’s, tips, jalan apa bagai. Senang.
Then, we went into the room and rest.

TBC...