Saturday, June 25, 2016

6- Journeyku, Cambodia-Thailand: Kisah perjalanan 7 hari termasuk arrival kat Butterworth train station

[Kisah perjalanan 7 hari termasuk arrival kat Butterworth train station] –Termasuk total budget dan tips

Day 6- 1/2/2016


Bila kaunter tiket dah bukak pagi tu, kami pon beli tiket Lopburi-Bangkok (50baht). Then, kami naik train around pukul 2.30 pagi camtuh dan sampai di Hua Lamphong Railway Station (Bangkok) around pukul 5.30 pagi. 

At 2am in the morning, Lopburi
Waktu kami sampai di Bangkok, time tu dah pon Subuh. Macam mana tau kata dah masuk waktu? Time dalam train tadi terdengar bunyi azan Subuh, maybe time tu kami ada lalu kawasan Muslim kot kan. Dekat railway station tu, diorang ada sediakan musolla (surau), so, every Muslims boleh solat dengan selesanya kat situ. So, first, kami pergi drop bag dulu (60baht). Then, kami pergi mandi-manda membersihkan diri kat toilet dalam railway station. Don’t worry, toilet dia ada sediakan tempat shower tapi kena bayarlah around 10baht.

Memandangkan kami sedar yang kami ni sebenarnya kebuluran nasik-elmaklumlah perut Melayu, so kami decide untuk cari tempat makan. Mulanya kami round food court, tapi macam tak yakin ja kan, jadi apa kami buat time tu adalah berdoa penuh harapan agar jumpak balik brader pekerja railway station yang tegur kami semalam tanya makan ka belum tu. Dan, Alhamdulillah sedang kami berjalan keluar dari station, kami terserempak dengan dia. Dia pon bagitau la kat mana kedai makan halal. Ala. Dekat ja pon, lintas jalan sikit ja. Tapi, belakang-belakang sikit la.

Then, kami said thanks dan pergi cari kedai makan yang dia bagitau.
Ada dalam dua tiga restoran halal gak sebenarnya kat situ. Jadi, lepas makan nasik, kami jalan lagi kat situ dan makan lagi bihun sup yang kami jumpak (55baht). Balas dendam sebab almost seminggu asyik makan maggi-bihum PAMA ja kan.


Selepas tu, kami balik ke station dan beli tiket train Bangkok to Butterworth, Penang. Tiket Bangkok-Butterworth adalah sekali dengan katil, yang bezanya adalah kau boleh pilih sama ada nak katil bawah (mahal siket) atau katil atas (murah siket). Both of us nak katil bawah, which worth 1220baht for each of us. Masa bertolak 2.45 pm. Waktu tu baru pukul 11.30 pagi so, kami pon wandering around the station. Dah sebab kami dah pon nak balik Malaysia dan kami perasan kami masih lagi kaya sikit, jadi kami berfoya-foya dengan membeli ice-blended coffe kat Black Canyon dan jugak Dunkin Donut (200baht). Lapaq baq hang! Ada jugak cubaan nak wandering kat luar sekitar city cuma risau takut tersepit di celah kesibukan jalan raya dan aku dah pun blurr di luar sana. Konon sebab panas. Hahaha, sorry to my partner!

SRT ticket Bangkok-Butterworth
After Zuhr, aku dan member terus pick up bag dari kaunter drop bag (60baht) dan terus gerak ke tempat menunggu kat train platform. 
Sedang bersiap-siap ke platform tu, terserempak lagi dengan brader yang bagitau lokasi restoran halal food tu. Kami pon sembang la sat. Dia siap pesan, nanti datang la Bangkok lagi. Dia kata kalau nak, boleh tinggal contact number ka apa, senang nanti kalau nak pergi Bangkok lagi kan. 
Tapi tak pulak kami berbuat demikian, tak ingat apa dah aih. Ingat nak balik ja time ni. So, kami said thanks a lot to him atas pertolongan before parting.


To say bubye to Bangkok now

Dan pada pukul dua setengah camtuh pekerja station inform yang kami dah boleh naik train. So, kami naik train, cari seat dan pada pukul 2.45 petang, train mula bergerak. Destination: Butterworth. O yeah! Balik kampung!


Bubye Thailand!
Atas train, jangan tanya apa yang kami buat. Tidur bangun, tidur bangun sampai ke sudah. Maklumlah 23 hours journey kan! Uncle train attendant tu ada la offer makanan, tapi disebabkan tiada sumber yang mengatakan makanan dalam tu halalan thoyyiba, maka kami pon berpuasa (lah sangat!) Yang ni SRT- State Railway of Thailand, sebab tu makanan dia tu penuh syak wasangka tu. Kami makan maggi yang kami kami bawak dan mintak air panas ja dari café. Kami ada beli Dunkin Donut dekat Bangkok station, remember? So, kami perabis stok donut tu la. Brader yang duduk depan aku offer dia punya buah pisang, so aku amek ja. Rezeki jangan ditolak.

Dalam pukul 7 malam camtuh, uncle attendant datang dan dia tolong organize katil. Baik uncle-uncle ni, rajin datang tegur tapi dalam bahasa Thai lah. Ada sekali tu dia datang membebel time ada mat salleh sebelah kami tu tak puas hati apa tah. Aku paham dia nak mengadu so, senyum jalah kan. Disebabkan terlalu lenguh, aku siap jalan-jalan ke gerabak lain. Then, uncle-uncle attendant tu tanya kenapa aku jejalan. Aku cakap ja lenguh nak exercise sikit. Depa gelak ja.

Day 7- 2/2/2016 Arrival at Butterworth


Alhamdulillah,urusan immigration kat sempadan Thai-Malaysia berjalan smoothly. So, dengan selamat kami masuk Malaysia melalui Perlis dengan train. Muahaha. Jakun sat. 
At the end, dalam 1 pm camtuh kami arrived kat Butterworth train station. Dan memandangkan time tu tengah cuti Chinese New Year, jadinya aku decide untuk terus balik rumah kat Kulim rather than take another train to KL. So, aku dengan member aku pon berpisah di situ.
FIN.


Total budget yang dibawa per person
$250- mixed USD, THB, MYR convert siap-siap kat Malaysia.
Roughly budget yang digunakan:
RM800++ ke RM900 (bergantung kepada shopping level masing-masing)

Pesanan dan Tips:

1. Niat yang baik. Ecewah!

2. Banyak berdoa dan bertawakal kepada Allah selepas buat research. Doa orang bermusafir ni selalunya Allah makbul, inshaAllah.

3. Jangan tinggal kewajipan kepada Tuhan. Solat. Kalau bulan Ramadhan, puasa.

4. Smile, smile and smile. Walaupun kau spesis manusia yang serious.macam aku.

5. Never ever leave your important and valuable things unattended di mana-mana sahaja walau di dalam bilik hatta mau ke tandas sekalipon. Beware of thief!

6. Kalau naik tuktuk, jangan letak beg bahagian takdak jaring ataupun penghadang. Kalau tuktuk yang kau naik tu ada penghadang la kan. Kalau takdak, pandai-pandailah nak hidup kan. Huhuhu.

7. Merendah diri dan menghormati perbezaan adat budaya orang lain.

8. Lastly, kalau nak selamat, you should at least know some basic sentences or words dalam bahasa local negara yang kau nak pergi. Contoh, ‘Thank you’. ‘I’m sorry.’ ‘Train Station’. ‘How much’. ‘Bus’, etc. Aku siap bawak buku ‘Speak Thai with Confidence’ lagi. Dan, agak membantu sebenarnya especially if kau tersesat dan nak tanya orang jalan yang betul.

Okay, then…maybe that’s all catatan perjalanan 7 hari Cambodia- Thailand from me.
Inquiries, feel free to ask me.
Till we meet again. Ohohohoho.

Wassalam. Dan bubye.


No comments:

Post a Comment