Day 3- 29/1/2016
After Subuh dan breakfast, kami decide untuk sewa basikal
yang hostel punya ($1/day).
So, around 8.00am- 3.00pm- we cycled around the town. Tujuan
utama tu sebenarnya nak cari satu hostel yang sediakan bus trip untuk ke border
Poipet Cambodia-Thailand. Kata member aku, hostel tu punya trip murah sikit
dari yang lain-lain. Tapi, ada je sebenarnya yang lagi murah, tapi korang kena
pandai carilah ye.
Sementara cycling tu, kami pon melawatlah wat-wat yang ada kat town tu.
Wat pertama yang kami jumpak dan masuk sebab curious nak tengok macam mana
pagoda diorang buat tuition kelas bahasa free atau kos murah untuk locals
adalah Wat Preah Prom Rath. Sebab letih sangat, aku pon duduk la sat bawah
pokok kat situ sambil jaga basikal dan tengok sorang cikgu tu mengajar kelas
English kat student dia. Aku tau dia perasan aku dok tengok dia. So, aku senyum
jalah kan. Elmaklumlah kat tempat orang.
Habis kelas tu, dia datang kat motor dia which is sebelah
aku dan dia pon cuba la berbual. Dia tanya where do I come from dan ada la benda
lain sikit-sikit dia tanya. Last sekali dia bagitau kalau kami nak tengok monks
or novices, kami patut pergi another wat dekat situ jugak, Wat Bo namanya. Ini
adalah kerana semua monks kena pergi Wat Bo tu that day. Diorang ada exam
katanya. So, kami pon said thanks dan terus kayuh pedal basikal ke Wat Bo.
Konon nak cari monks punya pasal.
Pusing punya pusing Wat Bo tu dari depan ke belakang ke
depan balik, bayang sorang monk pon kami tak nampak. Aku siap terjatuh basikal
lagi kat situ. Sungguh memalukan. Hahahaha. So, kami pon keluar dari kawasan
Wat Bo then menuju ke arah town.
Pagoda |
Wat Preah Prom Rath |
Kami di perkarangan Wat Preah Prom Rath |
Dan ada la aku beli mineral water ($1) while cycling.
In the middle of the town |
Mariam bersama hpnya. Dan Khmer mineral bottle |
Our bicycles |
Beli tiket bas kat The Siem Reap Hostel untuk ke Poipet
(border Cambodia- Thailand) which worth $8. Kami ada singgah satu supermarket ni.
Motif: cari benda yang harga paling nak sama dengan duit Malaysia. So, aku pon
terbelilah air tin 7up dengan harga $0.5.
Ada jugak kami jumpa sekolah dan university yang ada di
sekitar Siem Reap town tu.
Then, kami kayuh balik hostel. Rest. Book hostel kat Bangkok
untuk esok siap-siap.
9.30pm-10.30pm- Angkor night market. Shopping again ($25).
Balik hostel, macam besa, kami lepak dulu kat lobi. Sembang dengan this one
staff yang nampak macam interested nak sembang dengan kami since the very first
day kami kat situ, tapi dia tak pernah datang pon. So, kami la pergi
berbasa-basi dengan dia. Elkisahnya esok kan kami dah nak check out, so why
not?
Rupanya dia seorang yang educated la. Ada degree in law
school. Dahtu suka membaca pulak.
Katanya dia suka pergi library. Tak kisahla. Yang mencabar tahap keimanan tu
adalah dia punya curiosity level. Banyak jugakla dia tanya pasal agama Islam. Dia
kata dia mintak maaf sebab tanya kami banyak soalan pasal Islam sebab before
this dia ada gak try tanya kat guests Muslim atau kawan-kawan Muslim dia dari kampung
sebelah, tapi dia kata diorang akan refuse to answer or change the topic
immediately. Katanya, kami ni ja yang nampak macam open sikit nak rileks-rileks
dengan diorang dan okay ja kalau diorang tanya bab tudung or prayers or food or
man-woman relationship in Islam.
Yang paling mencabar keimanan sekali bila dia
tanya soalan bab Tauhid. Mak aih. Dugaan apakah ituh la kan. Aku sampai
terduduk kat situ sebab nak pikir jawapan. Mengucap jugakla kami kat situ.
Huhuhu. Dugaan sungguh. Dia tak tau kami ni ‘berhuhuhuhu’ kat situ.
Lepas penat berhempas pulas, sedar diri dan tersentap hati
juga perasaan kat situ, kami pon mintak diri masuk bilik dan packing barang siap-siap untuk
journey esok.
TBC...
No comments:
Post a Comment