Saturday, June 30, 2012

Perginya Seorang Ayah

Assalamualaikum wbth.,

Mulanya sekali ucapkan rasa syukur ke hadrat Allah swt kerana masih mengekalkan nikmat Islam dan Iman pada diri kita. Alhamdulillah.

Hanyalah secebis dua kata ingin mencoretkan perjalanan hari-hari pemergian ayahanda tercinta, Allahyarham Salleh Bin Haji Ahmad.

Isnin: 11.30pm
Arrived at KLIA from Changi Airport, Singapore. Naik teksi ke rumah kakak sampai jam 12 lebih. 


Selasa: 11.00am
Kakak pergi office. Saya siap-siap keluar makan kat مطعم الأرز العربي depan rumah kakak tu. Tapi, disebabkan tiba-tiba teringat handphone tak ada charger terus membuat keputusan pergi kedai area Hentian Kajang nak beli charger handphone. Dah siap beli tengok-tengok hujan rintik-rintik air bergelora pulak. Terus memecut balik la. Elok sampai dalam gate je hujan terus lebat. Dahtu berlari naik atas masuk dalam bilik. Sesampainya dalam bilik ternampak handphone tu bercahaya-ada orang call. Pergi tengok rupa-rupanya mama telefon. Mama khabarkan yang baba accident. Dah bawak pegi hospital segala. Yang saya ni dah start blurr dah. Otak saya ni dah mula mencerna macam-macam benda. Mama bagitau la yang baba patah kaki je. So, jangan risau la.


Petang tu jugaklah pecut balik Kulim dengan kakak dua orang tu.


Selasa: 12.00am
Sampai di Kulim. Terus gerak ke Hospital Kulim untuk tengok baba. Waktu tu baba still conscious la. Kakinya patah teruk. Tapi memang baba fully awake la. Siap bual-bual lagi dengan kami semua. Dahtu, kami balik rumah. Tinggal emak sensorang kat hospital. Inipon sebab mak sign surat agreement operation baba. Kiranya baba can be operated anytime la waktu tu. Hanya Allah yang tahu saya dah sayu gila waktu ni. Sampai nak bercakap dengan baba je pon rasa macam nak menangis. Mak pulak suruh saya balik. Yang saya yang memang dah blurr ni nak menangis, pusing belakang terus angkat kaki. Takmau menangis depan baba, takut dia risau ke apa. (Agak terkilan di sini). Malam tu dalam bilik, bantal jela jadi saksi aku menangis sensorang risaukan baba.


Rabu: 12.00pm
Planning nak tengok baba la. Pastu katanya waktu ni baba dah dioperate. Siap-siap masak segala bagai, we all pon siap-siap nak pergi hospital tengok baba. Mama ada kat rumah waktu tu because tukar syif dengan abang. 


Rabu: 1.45pm
Saya dengan Kak Wa pergi la hospital. Sebelum keluar rumah tu memang mama keep on repeating la., "Syakila, kalau apa-apa jadi ajarkanla syahadah...Tak kiralah orang yang kita jaga ke, orang lain yang ada kat situ ke, ajarkanla syahadah tu...". Mata mama berair. Saya tak mampu nak bercakap just angguk-anggukkan kepala saja.
Then, terus ke hospital.


Sampai kat hospital, Kak Wa meluru masuk ke ICU tu. Saya tolong pegangkan baby dia kat luar. Dalam beberapa minit tu kakak-kakak yang lain sampai dengan abang sekali. Dahtu kakak yang sulung masuk. Lepas depa keluar saya pulak masuk dengan Maksu. Tengok baba unconscious la. Yang nurse kerjanya menarik langsir tak bagi kami nampak baba. Rasa macam nak menangis tahap gaban. Tapi ditahan-tahan jugak. Pastu kena halau keluar.


Duduk kat luar tu lama la berkecoh-kecoh dengan anak-anak kakak semua. Pastu kakak dua orang tu balik. Sorang hantar maksu. Sorang lagi balik rumah le. 


Rabu: 3.00pm
Tinggal saya dengan kakak sulung. Kak Chaq lepas tu pergi surau-solat zohor. Tinggal saya sensorang-blurr-baca Yassin je kat luar ICU tu. Tengok-tengok mama sampai dengan abang. Mama pergi mana tah lepas tu. Paksu Muazzim dengan sapa pulak sampai lepas tu. 


Paksu Muazzim bagitau kata doktor panggil waris baba. Dia suruh la saya masuk ICU jumpak doktor. Dia cakap dia masuk sekali takpa. Saya pon pergi jela. Sampai depan nurse, nurse dok panggil-panggil waris baba. Dia tak kenal aku dia buat tak endah ajela. Yang aku pulak dah start rasa sebak tengok baba. Nak cakap sepatah word pon dah tak mampu. Tak lama lepas tu mama sampai. Doktor pon bagitau ada hal nak bincang pasal baba. Kena kumpul ahli keluarga. 


"Puan, sebenarnya pembedahan kakinya tu berjaya. Dia pon memang stabil selepas pembedahan tu. Kiranya pembedahan tu memang tak ada masalah la. Tapi, disebabkan keadaan dia yang umur dah banyak, dengan keadaan jantung dia tu..blood pressure turun. Dia pon kekurangan darah yang banyak kerana kemalangan tu. Jadi kita kena masukkan darah la. Tapi, puan fahamlah kan, kalau kita masukkan darah tu pon ada komplikasi-komplikasinya yang lain. Jadi, diminta ahli keluarga semua bersedialah untuk apa-apa kemungkinan." Doktor explain. 


Kami pon angguk ajela. Keluar balik ICU. Tunggu kat luar.


 Tak berapa lama macam tu doktor tu keluar dari ICU jumpak kami. 


"Erm..Sekarang adalah dimana keadaan jantung dia dah berhenti. Jadi, kami sedang pam lah. Tapi, mengikut keadaan ni selalunya susahlah nak berjaya. Jadi, diminta agar buatlah persediaan untuk apa-apa nanti." Doktor bagi penerangan ringkas dan terus berlari masuk ke ICU.


Saya pusing belakang aje meleleh air mata. Takut mama nampak airmata tu, kasi belakang je kat mama. Yang mama pulak terus peluk saya, tak bagi menangis. Kami just ambil buku Yasin tu dan terus baca je. Elok saya habis baca Yasin tu je dengar abang bagitau kata nurse panggil masuk ICU. Waktu tu memang hati saya ni dah dok berkata macam-macam. Baba macam mana? Dah tak dak ka? Ya Allah..tenangkan hati kami. Bagilah kami redho dengan ketentuanMU. Elok tu jugak kakak-kakak semua sampai balik ke hospital.

Kaki tetap melangkah masuk ICU dengan mama, abang, kakak-kakak semua. On the way nak sampai ke katil baba tu, selisih dengan doktor tadi. "Maaf Puan, kami dah cuba sedaya upaya. Dia dah meninggal dunia." Doktor tadi menyampaikan berita.

Kak Wa dah menangis. Saya tahan sebak. Sampai depan katil baba, hati ni rasa pedih sangat. Perit. Airmata hangat mengalir kat pipi. Rasa blurr sangat. Rasa macam dalam mimpi. Rasa macam waktu tak berdetik. Pastu dengar nurse cakap dalam masa sejam urusan jenazah akan dihantar ke rumah. Kami pon beransur keluar dari ICU. Saya dengan Kak Wa and Kak Wan balik rumah sebab nak kemas rumah la untuk pengurusan jenazah nanti.


Alhamdulillah, urusan semua lancar dengan bantuan jiran-jiran semua. Sedara-mara, orang-orang masjid, kenalan-kenalan baba semua datang la membanjiri kawasan rumah.


Rabu: 7.00pm
Dalam nak dekat waktu Maghrib tu jenazah baba sampai di rumah. Pastu jemaah masjid solat jemaah Maghrib kat rumah. Selesai solat, jenazah pon dimandikan. Diberi peluang untuk memandikan jenazah. Menggigil tangan pegang cebok air menahan sebak dalam dada. Lepas tu diberi peluang menabur wangian di sekeliling jasad baba. Saya mengucup dahi baba. Sejuk terasa. Sunyi. Sayu. Pusing aje belakang airmata keluar membasahi pipi. Lari ke belakang sebab tak tahan sangat nak tengok jasad baba. Dalam lepas Isya' macam tu, dah siap kafan semua la. Dibawalah ke masjid untuk dikebumikan. Yang nak jadi rezeqi baba lah kot, malam tu ada kuliah maghrib disampaikan oleh Tuan Guru Haji Salleh(classmate baba kat Mekah ka Madinah dulu). Ramai la orang yang ada turut serta solat jenazah baba. Kalau tengok jalan tu memang ramai la. Banyak kereta. Tak ubah macam keadaan nak solat sunat hari raya.


Kami pulak duduk kat tepi pagar masjid jela tengok orang kebumikan jasad baba. Diam ajela kami masing-masing.


Saya tahu, semuanya hanyalah pinjaman aje. Suatu hari mesti Allah akan ambil balik hakNya tu. Dan saya tahu, setiap orang akan menghadapi situasi yang lebih kurang macam ni. Seperti mana yang sedia maklumlah kan, setiap yang hidup akan menghadapi mati. Jadi, kita semua memang kena bersedia seadanya.


Sedih tu memang sedih la. Bayangkan, tengok je kereta jeep kesayangan arwah baba tu. Rasa sayu. Tengok je baju dia, serban dia, motorcycle dia. Rasa nak meleleh. Sabar jela. Doalah agar Allah kuatkan kita.


Semoga Allah ampuni dosaku, dosa ibuku sepanjang hayatnya ini, dosa ayahku sepanjang hayatnya dulu, dosa ahli keluargaku, dosa para guruku dan dosa para sahabatku, ya Allah. Ya Allah, tempatkanlah ruhnya dikalangan hambaMu yang beriman dan yang beramal soleh...
~amin.





Salam terakhir.... 

Terima kasih Allah kerana memberi pinjaman seorang baba yang terbaik untuk kami. Semoga Engkau merahmati beliau.

Wallahua'alam.

Wednesday, June 6, 2012

Kisah ROTI dalam bas.

Assalamualaikum wbth.,

Kisah ini terjadi pada tanggal 5/6/2012 ketika aku dalam perjalanan pulang dari Rumah Gemilang Sik-Alor Star-Kulim. Easier to say, this happened on my way home to Kulim from Alor Star. Aku naik bas AS-Kulim pada jam 5 petang. Aku naik je, bas tu dah penuh kat depan. So, no choice kenalah duduk di seat belakang.

Dalam perjalanan tu, tiba-tiba bas rosak. Kami semua kena berpanas berpeluhla tunggu pakcik tu solve segala bagai dekat tempat mechanic bas tu. Tunggu punya tunggu akhirnya pakcik tu cakap turun bas bawak barang sebab kita memang kena tukar bas. So, I just follow la that order-turun bas.

Sedang dalam menunggu bas baru datang, macam-macam la kerenah orang aku tengok. Makcik-makcik tu dok kecoh takut bas takdelah, kena naik bas Butterworth lah bagai. Sibuk tanya sampai pukul berapa. Nak bagitau jawapan pun tak boleh makcik ye, sebab bas baru tu pon tak sampai lagi, jadi tak tau la bila nak sampai Kulim. (Maaf ye makcik!) Pastu ada sorang mamad ni telefon kawan dia kot. Citer la problem tu. Siap cakap, "Kalau bas tak datang, aku kena naik bas Penang la. Tadak sape nak datang amek aku. Menangis aku!". (Maaf ye bang! Bukan sengaja nak curik dengar, tapi, abang dok sebelah saya, tu yang terdengar!).

Aku?

Apa yang aku buat time tu ye? Aku hanya senyum, senyum, nak tergelak, bebal,etc. Bukan apa, aku ni memang suka tengok gelagat orang. So, peristiwa yang best la untuk aku!
Lagipon, aku still ingat pesan ustaz, "Allah sentiasa bersama kita. Hanya Allah tempat sebaik-baik tempat meminta pertolongan, jadi, minta tolonglah dengan Allah". Jadi, I try to be kool (walau hakikatnya hati panas...)


Dalam half an hour gitu, bas pon sampai, Alhamdulillah. Aku pon cepat-cepat angkut barang naik bas. Jadi orang first naik bas baru tu. Hehe. Dan, alangkah aku bersyukur. Betullah janji Allah dengan ganjaran orang yang bersabar. Tau kenapa? Bas yang baru sampai ni clean, sejuk, selesa, better than bas tadi yang rosak. Alangkah happynya hatiku ini ! Jadi, aku pun mula mencari seat yang aku nak.


Dah jumpak, aku pon duduklah kat seat tu. Backpack letak kat sebelah because bas tak penuh. Kira banyak seat kosong. Bas pon mula bergerak meninggalkan perkarangan bengkel bas. Betapa hati ini bersyukur, hanya Allah yang tau!


Tak sampai beberapa minit perjalanan, perut ini terasa lapar. Nasib baik ada roti yang aku beli tadi. Ada la Roti Coklat Kismis Gardenia tu (Bukan nak promote ye). Aku pon grab roti tu, Bismillahirrahmanirrahim.....ngap. Habes dua keping, aku simpan balik le plastik tu.


Tiba-tiba, sedang aku melayan perasaan sorang-sorang. Aku terdengar suara memanggil. Somekindof... "Ukhti, ukhti.." Aku pon palingkan kepala aku kat kerusi line sebelah kanan. Okay, brader kerusi seberang sana yang panggil aku rupanya. Kenapakah? Dia menyuakan sekeping kertas. Aku dengan penuh tanda soalnya amekla kertas tu. Segan nak baca habaq hang. Tapi, baca jugakla...
Salam...Maaf ganggu..
Ya ukhti, saya nak beli roti ukhti boleh?
Saya lapar sangat dah...
Saya bayar dekat ukhti.

Kertas itu bertulis ayat berikut. Aku pon dah mula gelabah. Aduhai... cenggane ni wei?? Garu kepala yang tidak gatal. Bila dipandang, tak kalih pulak mamad tu. Tampaq satgi kot. Nak bagi ke nak buat tak tau je ni?? -_-" Cenggane ni?? Pandang sekali lagi, tengok-tengok dia pandang aku, aku pon buat buat isyarat ajela.

"Mahukah roti?" Jari ditunjukkan ke arah roti. Kening double jerk.
"Ok". Brader tu angguk kepala.

Aku pon amek roti tu kasi ke dia. Dia buat isyarat, "How much need to pay hah?"
"No need lah." Tangan digawang-gawang tanda no thanks.

Dia makan roti tu, aku buat tak nampak aje. Malu gila! Rasa nak lari turun bas aje. Tak pon nak tidur aje sampai rumah. 

Dah selesai makan, aku ingat dia pon nak buat tak tau aje. But, suddenly, "Ukhti, ukhti.."
Aku pandang ke muka dia. Dia kasi balik plastik roti tu, dengan isi roti tu ada lagi sekeping.
Aku amek jela sambil cakap, "Pelik-pelik betul".
Terus letak plastik tu dalam beg. Tak usik langsung dah. Diam tak berkutik kat atas kerusi tu hah. Nak buat apa pon dah malu.

Akhirnya, aku tertidur. Jaga-jaga dah terlepas pon bus stop depan rumah aku. Terpaksa turun kat stesen bas Kulim. Waktu nak turun tu, saja ja brader tu turun lambat. He said, "Thanks". Sambil senyum. Aku angguk aje sebab malu sangat dah.

Sesampainya di rumah, aku pon nak keluarkan barang-barang aku dari beg aku. Aku pegang plastik roti tu. Baru aku perasan rupa-rupanya terselit sekeping kertas dan sekeping duit RM10 kat gulungan plastik tu. Aku pon amekla baca.

Isi surat dirahsiakan. Hehe. Sengal. Malu aku baca surat tu sorang-sorang. Walaupon duduk sorang-sorang, rasa macam nak sorokkan aje muka ni hah. Nak menangis rasanya kot. Tiba-tiba aku teringat, padanlah waktu bas rosak tu dia dok usyar senyum-senyum-malu-kucing aje. Ingatkan aku ni aje terperasan sorang-sorang dia usyar aku. Time atas bas tu pon dok seyum-malu-tunduk aje dengan aku ni hah. Tak ke pelik mamad ni aku kata. But, maaf ye brader, I've searched for you on FB using the given email, but I didn't found. Mungkin, setakat itu sahaja kisah pertemuan kita. Bwahaha.

Well, hanya Allah yg mengetahui segala sesuatu, baik yang sudah berlaku, sedang berlaku dan yang akan berlaku.
Hanya pada Dia, kita berserah seadanya. 
Terima kasih Ya Allah atas segala nikmatMU yang telah Kau curahkan ke atas kami.


Sekian, Wassalam. (:


Tuesday, June 5, 2012

Kursus Pemantapan Jati Diri Akidah

Assalamualaikum wbth.,

*Kursus Pemantapan Jati Diri Akidah*

Saya/aku/ana pergi ni pon sebab tiba-tiba ada senior ajak. So, tanpa berfikir panjang I just say 'YES', maklumlah orang tengah bercuti panjang.


This course was held at Pusat Pemantapan Akidah JAKIM, Jelebu, Negeri Sembilan. Sajalah our ustaz bawa anak-anak yatim Rumah Gemilang Sik, Kedah tu ke sana. Kami ni jadi fasilitator saja.


Program sepanjang 4 hari 3 malam itu berjalan dengan agak smooth though many things happened along the program. Bayangkan waktu on the way pergi tu pon, bas lewat sampailah, bas rosaklah, etc. Tapi, semangat juang ustaz kami still up. Akhirnya, sampai jugaklah ke destinasi. Alhamdulillah.


Sampai pukul 5 am. Daftar masuk segala. Hari pertama kursus, semua okay aje, alhamdulillah. Kira proses mula nak berkenalan dengan adik-adik tu la. Dapat tempat penginapan pon ok la. Satu bilik 3 orang. Makan pon sedap. 


Pastu hari kedua. Okay jugak. Banyaklah input2 yg ustaz sampaikan dalam ceramah-ceramah beliau. Semuanya me'relate'kan tentang keesaan Allah. Dia ajar cara menghayati bacaan, cara menghayati Isti'azah, etc. Kira memang best la! 


Ustaz Syukri Bin Kamis



Ustaz mintak fasilitator tolong conduct majlis sebab ustaz dah sakit tekak. Kami pon conduct la. But suddenly ada sorang adik tu 'ter'melayan perasaan marah dia. Hmmmh, 'benda' itu pon datang mengganggu. Tapi, alhamdulillah, pantas diselesaikan. Pada sebelah malam

Hari ketiga ok aje. Tapi, malamnya, terjadi lagi masalah makhluk alam lagi satu tu. Kira berperang lah bagai malam tu. Tapi, alhamdulillah, semua selesai jam 1pagi.

Hari keempat, masalah bas. Uncle bas yang agak tak faham bahasa Melayu. Mungkin juga penipu. Tapi, tak apa lah, segala keputusan insya'Allah, adalah keputusan terbaik. Ustaz melepaskan kami pulang. Tapi ustaz bergerk keesokan harinya. Semoga Allah mempermudahkan segala urusanmu Ustaz.~amin.

Alhamdulillah, setelah berjam-jam lamanya ada atas bas, sampai jugak di Rumah Gemilang Sik. Hanya Allah yang bersama kami, menjaga kami, dan selayak-layaknya serta sebaik-baiknya tempat meminta pertolongan.

Here, some memories of the days...

Piqah

Dalam dewan 

Piqah and Me

Adik-adik puteri


Ekin and Farah

Adik-adik putera

Tengah khusyuk buat apa la adik-adik ni?

Boboi a.k.a Hafiz tengah berdiri tuu

Ekin, Farah, Kak Amirah and Piqah

Bersama salah sorang kawan baru kembar




Sijil.



-Ya Allah, Ya Rabbi, ampunkan dosaku, dosa kedua ibubapaku, dosa ahli keluargaku, dosa guru-guruku, dosa sahabt-sahabatku dan dosa seluruh umat Islam, ya Allah.


~Sekian sahaja.
Wallahua'alam.