Sunday, August 17, 2014

Baked Macaroni and Cheese :Che Kila

Assalamualaikum warahmatullah and what's up? (tetiba)

After such a long time tak update blog, tetiba terasa macam nak write on recipes pulak. Hahaha. Kalau bahasa macam tak best je tu faham-faham jelah ye..

Okay, today I'm gonna share recipe to make Baked Macaroni and Cheese. Atau lebih dikenali dengan Makaroni Keju Bakar (hehe). Tapi, this one ada Malaysian taste sikit la. Ada pedas-pedas sikit, masam-masam tomato sikit. Okay, never mind, let's go through the recipe. Erm, recipe ni mungkin nampak macam complicated, tapi sebenarnya senang saja.... betul! Dan, jgn lupa usyar jugak pesanan-pesanan penaja kat bawah tu ye....hehe

But first, sila jenguk gambarnye dulu ye... hahaha (syok sendiri)

yummyyyyyyy.....
Bahan-bahan: (4-5org)
Bahan A (untuk rebus macaroni)
250g San Remo Macaroni (jenama lain pon boleh sebenarnye..hahaha)
Air secukupnya
Minyak zaitun (sikit ja...)

Bahan B (untuk sos)
Bawang putih+merah (untuk tumisan)
Cili kisar (ikut tahap kepedasan yang anda suka)
Daging kisar (secukupnya)
Tomato puree dalam 4-5 sudu besar (atau secukupnya lah...ni untuk bagi rasa masam tomato tu..)
Sos pasta kesukaan anda (saya guna sos adabi tomato+mashroom( 1tin) dan pernah jugak guna sos leggo-tomato+ricotta+spinach (suku botol)
Garam secukup rasa
Sos cili (nak kasi pedas kalau rasa tak cukup pedas)
Mixed vegetables+ bawang besar cincang (secukupnya, xnak bawang pon xpa)

Bahan C (untuk bakar)
3-4 sudu tepung jagung dibancuh dgn air secawan
cheddar cheese secukupnya (cheese slice yg orang makan dengan roti tu)

Cara-cara:
1) Bahan A: Masak air di dalam periuk sehingga menggelegak. Masukkan minyak zaitun. Pastu masukkan macaroni. Rebus sehingga lembut/masak. Angkat dan toskan. Ketepikan.

2) Bahan B:Tumiskan bawang. Masukkan cili kisar dan tunggu sehingga garing. Masukkan daging dan tambahkan sedikit air. Tunggu sehingga daging masak dan masukkan tomato puree. Kacau sebati. Masukkan air sikit lagi untuk pastikan daging tu masak. (jgn masukkan banyak sgt sebab kita nak make sure sos ni kering untuk digaul dan dibakar dengan makaroni)

3) Masukkan sos pasta kesukaan anda. Masukkan garam dan kacau rata. Kalau rasa tak cukup pedas, tambahkan sos cili. Campurkan mixed vegetables dan bawang cincang tadi dan kacau lagi.

4) Bila dah masak sos tu, gaulkan sos dengan makaroni yang dah direbus beserta bancuhan tapung jagung.

5) Ambil loyang pembakar dan sapu marjerin. Pastu tuang separuh makaroni tadi ke dlm loyang dan ratakan.

6) Bahan C: Ambil kepingan cheese tadi dan koyak-koyakkan dan taburkan atas makaroni yg diratakan tadi. Kemudian, tuang makaroni selebihnya ke atas taburan cheese tadi dan ratakan. Ambil lagi kepingan-kepingan cheese dan susun di atas makaroni hingga menutupi seluruh permukaannya. (ini nak make sure supaya cheese tadi melted and cover permukaan makaroni tu)

7) Bakar dalam oven for about 10-20 minutes pada suhu 160 (lagi bagus kalau oven boleh bakar bahagian atas saja) or just make sure cheese kat atas tu sampai kaler keperang-perangan...dan angkat. Siap ! (Be aware! Jgn sampai hangit pulak!)

Tadaaaa!!! sorry tak berapa nak lawa (hahaha)
Pesanan penaja:
1) Kalau nak wangi, boleh campur sikit jintan manis time tumis tu..
2) Boleh guna pasta ikot kesukaan anda (macarony/fusilli, etc.)
3) Boleh guna sos pasta kesukaan anda (mcm yg dinyatakan kt list bahan2 kat atas).
4) Boleh gantikan cheddar cheese dengan taburan mozarella cheese klu nak rasa cheese yang tak terlalu strong.
5) Bagi peminat cheese boleh tambahkan more cheese kat atas makaroni time nak bakar tu..
6) Boleh masukkan cendawan butang (dipotong slices) sebelum masukkan vegetables kalau berminat.

okay, mungkin that's all ja kot...... maaf atas salah dan silap.
SELAMAT MENCUBA !




1 comment: