Saturday, June 30, 2012

Perginya Seorang Ayah

Assalamualaikum wbth.,

Mulanya sekali ucapkan rasa syukur ke hadrat Allah swt kerana masih mengekalkan nikmat Islam dan Iman pada diri kita. Alhamdulillah.

Hanyalah secebis dua kata ingin mencoretkan perjalanan hari-hari pemergian ayahanda tercinta, Allahyarham Salleh Bin Haji Ahmad.

Isnin: 11.30pm
Arrived at KLIA from Changi Airport, Singapore. Naik teksi ke rumah kakak sampai jam 12 lebih. 


Selasa: 11.00am
Kakak pergi office. Saya siap-siap keluar makan kat مطعم الأرز العربي depan rumah kakak tu. Tapi, disebabkan tiba-tiba teringat handphone tak ada charger terus membuat keputusan pergi kedai area Hentian Kajang nak beli charger handphone. Dah siap beli tengok-tengok hujan rintik-rintik air bergelora pulak. Terus memecut balik la. Elok sampai dalam gate je hujan terus lebat. Dahtu berlari naik atas masuk dalam bilik. Sesampainya dalam bilik ternampak handphone tu bercahaya-ada orang call. Pergi tengok rupa-rupanya mama telefon. Mama khabarkan yang baba accident. Dah bawak pegi hospital segala. Yang saya ni dah start blurr dah. Otak saya ni dah mula mencerna macam-macam benda. Mama bagitau la yang baba patah kaki je. So, jangan risau la.


Petang tu jugaklah pecut balik Kulim dengan kakak dua orang tu.


Selasa: 12.00am
Sampai di Kulim. Terus gerak ke Hospital Kulim untuk tengok baba. Waktu tu baba still conscious la. Kakinya patah teruk. Tapi memang baba fully awake la. Siap bual-bual lagi dengan kami semua. Dahtu, kami balik rumah. Tinggal emak sensorang kat hospital. Inipon sebab mak sign surat agreement operation baba. Kiranya baba can be operated anytime la waktu tu. Hanya Allah yang tahu saya dah sayu gila waktu ni. Sampai nak bercakap dengan baba je pon rasa macam nak menangis. Mak pulak suruh saya balik. Yang saya yang memang dah blurr ni nak menangis, pusing belakang terus angkat kaki. Takmau menangis depan baba, takut dia risau ke apa. (Agak terkilan di sini). Malam tu dalam bilik, bantal jela jadi saksi aku menangis sensorang risaukan baba.


Rabu: 12.00pm
Planning nak tengok baba la. Pastu katanya waktu ni baba dah dioperate. Siap-siap masak segala bagai, we all pon siap-siap nak pergi hospital tengok baba. Mama ada kat rumah waktu tu because tukar syif dengan abang. 


Rabu: 1.45pm
Saya dengan Kak Wa pergi la hospital. Sebelum keluar rumah tu memang mama keep on repeating la., "Syakila, kalau apa-apa jadi ajarkanla syahadah...Tak kiralah orang yang kita jaga ke, orang lain yang ada kat situ ke, ajarkanla syahadah tu...". Mata mama berair. Saya tak mampu nak bercakap just angguk-anggukkan kepala saja.
Then, terus ke hospital.


Sampai kat hospital, Kak Wa meluru masuk ke ICU tu. Saya tolong pegangkan baby dia kat luar. Dalam beberapa minit tu kakak-kakak yang lain sampai dengan abang sekali. Dahtu kakak yang sulung masuk. Lepas depa keluar saya pulak masuk dengan Maksu. Tengok baba unconscious la. Yang nurse kerjanya menarik langsir tak bagi kami nampak baba. Rasa macam nak menangis tahap gaban. Tapi ditahan-tahan jugak. Pastu kena halau keluar.


Duduk kat luar tu lama la berkecoh-kecoh dengan anak-anak kakak semua. Pastu kakak dua orang tu balik. Sorang hantar maksu. Sorang lagi balik rumah le. 


Rabu: 3.00pm
Tinggal saya dengan kakak sulung. Kak Chaq lepas tu pergi surau-solat zohor. Tinggal saya sensorang-blurr-baca Yassin je kat luar ICU tu. Tengok-tengok mama sampai dengan abang. Mama pergi mana tah lepas tu. Paksu Muazzim dengan sapa pulak sampai lepas tu. 


Paksu Muazzim bagitau kata doktor panggil waris baba. Dia suruh la saya masuk ICU jumpak doktor. Dia cakap dia masuk sekali takpa. Saya pon pergi jela. Sampai depan nurse, nurse dok panggil-panggil waris baba. Dia tak kenal aku dia buat tak endah ajela. Yang aku pulak dah start rasa sebak tengok baba. Nak cakap sepatah word pon dah tak mampu. Tak lama lepas tu mama sampai. Doktor pon bagitau ada hal nak bincang pasal baba. Kena kumpul ahli keluarga. 


"Puan, sebenarnya pembedahan kakinya tu berjaya. Dia pon memang stabil selepas pembedahan tu. Kiranya pembedahan tu memang tak ada masalah la. Tapi, disebabkan keadaan dia yang umur dah banyak, dengan keadaan jantung dia tu..blood pressure turun. Dia pon kekurangan darah yang banyak kerana kemalangan tu. Jadi kita kena masukkan darah la. Tapi, puan fahamlah kan, kalau kita masukkan darah tu pon ada komplikasi-komplikasinya yang lain. Jadi, diminta ahli keluarga semua bersedialah untuk apa-apa kemungkinan." Doktor explain. 


Kami pon angguk ajela. Keluar balik ICU. Tunggu kat luar.


 Tak berapa lama macam tu doktor tu keluar dari ICU jumpak kami. 


"Erm..Sekarang adalah dimana keadaan jantung dia dah berhenti. Jadi, kami sedang pam lah. Tapi, mengikut keadaan ni selalunya susahlah nak berjaya. Jadi, diminta agar buatlah persediaan untuk apa-apa nanti." Doktor bagi penerangan ringkas dan terus berlari masuk ke ICU.


Saya pusing belakang aje meleleh air mata. Takut mama nampak airmata tu, kasi belakang je kat mama. Yang mama pulak terus peluk saya, tak bagi menangis. Kami just ambil buku Yasin tu dan terus baca je. Elok saya habis baca Yasin tu je dengar abang bagitau kata nurse panggil masuk ICU. Waktu tu memang hati saya ni dah dok berkata macam-macam. Baba macam mana? Dah tak dak ka? Ya Allah..tenangkan hati kami. Bagilah kami redho dengan ketentuanMU. Elok tu jugak kakak-kakak semua sampai balik ke hospital.

Kaki tetap melangkah masuk ICU dengan mama, abang, kakak-kakak semua. On the way nak sampai ke katil baba tu, selisih dengan doktor tadi. "Maaf Puan, kami dah cuba sedaya upaya. Dia dah meninggal dunia." Doktor tadi menyampaikan berita.

Kak Wa dah menangis. Saya tahan sebak. Sampai depan katil baba, hati ni rasa pedih sangat. Perit. Airmata hangat mengalir kat pipi. Rasa blurr sangat. Rasa macam dalam mimpi. Rasa macam waktu tak berdetik. Pastu dengar nurse cakap dalam masa sejam urusan jenazah akan dihantar ke rumah. Kami pon beransur keluar dari ICU. Saya dengan Kak Wa and Kak Wan balik rumah sebab nak kemas rumah la untuk pengurusan jenazah nanti.


Alhamdulillah, urusan semua lancar dengan bantuan jiran-jiran semua. Sedara-mara, orang-orang masjid, kenalan-kenalan baba semua datang la membanjiri kawasan rumah.


Rabu: 7.00pm
Dalam nak dekat waktu Maghrib tu jenazah baba sampai di rumah. Pastu jemaah masjid solat jemaah Maghrib kat rumah. Selesai solat, jenazah pon dimandikan. Diberi peluang untuk memandikan jenazah. Menggigil tangan pegang cebok air menahan sebak dalam dada. Lepas tu diberi peluang menabur wangian di sekeliling jasad baba. Saya mengucup dahi baba. Sejuk terasa. Sunyi. Sayu. Pusing aje belakang airmata keluar membasahi pipi. Lari ke belakang sebab tak tahan sangat nak tengok jasad baba. Dalam lepas Isya' macam tu, dah siap kafan semua la. Dibawalah ke masjid untuk dikebumikan. Yang nak jadi rezeqi baba lah kot, malam tu ada kuliah maghrib disampaikan oleh Tuan Guru Haji Salleh(classmate baba kat Mekah ka Madinah dulu). Ramai la orang yang ada turut serta solat jenazah baba. Kalau tengok jalan tu memang ramai la. Banyak kereta. Tak ubah macam keadaan nak solat sunat hari raya.


Kami pulak duduk kat tepi pagar masjid jela tengok orang kebumikan jasad baba. Diam ajela kami masing-masing.


Saya tahu, semuanya hanyalah pinjaman aje. Suatu hari mesti Allah akan ambil balik hakNya tu. Dan saya tahu, setiap orang akan menghadapi situasi yang lebih kurang macam ni. Seperti mana yang sedia maklumlah kan, setiap yang hidup akan menghadapi mati. Jadi, kita semua memang kena bersedia seadanya.


Sedih tu memang sedih la. Bayangkan, tengok je kereta jeep kesayangan arwah baba tu. Rasa sayu. Tengok je baju dia, serban dia, motorcycle dia. Rasa nak meleleh. Sabar jela. Doalah agar Allah kuatkan kita.


Semoga Allah ampuni dosaku, dosa ibuku sepanjang hayatnya ini, dosa ayahku sepanjang hayatnya dulu, dosa ahli keluargaku, dosa para guruku dan dosa para sahabatku, ya Allah. Ya Allah, tempatkanlah ruhnya dikalangan hambaMu yang beriman dan yang beramal soleh...
~amin.





Salam terakhir.... 

Terima kasih Allah kerana memberi pinjaman seorang baba yang terbaik untuk kami. Semoga Engkau merahmati beliau.

Wallahua'alam.

4 comments:

  1. Takziah atas pemergian ur Baba,
    Inna Lillah Wa Innaa Ilaihi Raaji;uun,
    Allahummaghfirlahu Warhamhu,
    semoga ditempatkan dalam kalangan mereka yg beriman!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ameen~ semoga Allah memberkati kamu sekeluarga.
      jazakallahu khairan kathira

      Delete
  2. Takziah buat ummi sekeluarga.. Mudahan ummi sekeluarga diberi kekuatan & tabah menghadapinya..

    Kak yas pernah merasai apa yg kamu rasa.. kamu sgt bertuah sebab berpeluang berjumpa dgn arwah dan menguruskan urusan jenazah arwah.. kak yas tak berpeluang seperti kamu..

    Hanya doa penghubung kita buat mereka di sana! Semoga mereka aman di sana.. Al-Fatihah..

    ReplyDelete
  3. ok...thanks kak yas...
    jazakallahu khairan kathira

    ReplyDelete