Tuesday, February 7, 2012

NiQab?







Assalamualaikum wbth.



“Mungkin ramai yang perasan dan tidak perasan, godaan baru kepada hawa nafsu serakah lelaki hari ini ialah melalui wanita yang memakai jubah fancy berlabuci dan bermanik indah, berpurdah menyembunyikan wajah, mata bermaskara untuk menjadikannya bulat menyerlah, memakai contact lense berwarna, bulu mata ditebal dan dilentik, kemudian merenung manja.”
Gayanya seperti berkata, "aku the muslimah, pandanglah aku, datanglah kepadaku!"
-(Ustaz Hasrizal Abdul Jamil )




Niqab? You're a niqabi? I adore you. I mean, I respect you. Bukan bermakna aku/saya/ana hanya respect orang yang berniqab, tidak, aku/saya/ana respect semua muslimah, mukminah yang cuba sedaya-upaya untuk tutup auratnya daripada penglihatan mata-mata nakal ajnabi.



Antunna berniqab, bagus. Tapi, aku/saya/ana nak mintak tolong antunna sekalian, tolong cermin diri antunna yang sedang berniqab tu. Lagi elok kalau guna cermin yang panjang, boleh nampak badan dari atas ke bawah. Bukan niat ana nak kata antunna tu tak cantik ke apa, tapi, anak nak tanya beberapa soalan selepas antunna cermin diri antunna.

Dah tengok cermin?
 Okay, aku/saya/ana nak tanya soalan. Lebih kurang dengan kata-kata Ustaz Hasrizal la..(soalan copy and paste)

1)Jubah or baju kurung yang antunna pakai tu. Ada labuci-manik-renda penuh tak? Agak-agak, bergemerlapan tak kalau jalan tengah panas or terkena cahaya lampu? Rasanya kalau orang tengah drive pon boleh accident dek terkena silauan cahaya akibat daripada labuci-manik baju anda tersebut. Sedar tak, attire anda yang serba nan indah tu bisa membuatkan banyak mata tertarik dengan anda? Dan, jarang tak baju anda tu? Sila pakai inner ye. Kain jarang? Sila pakai kain dalam.

>Gayanya seperti berkata "aku the muslimah, pandanglah aku, datanglah kepadaku."
 
Sangat bercanggahan dengan konsep wanita yang solehah itu tersembunyi.

2) Sila perhatikan mata anda. Yela, kan mulut dan hidung tersembunyi, jadi tengok la mata antunna tu. Usyar dalam-dalam mata antunna sendiri dan kawasan sekitar mata.
Wah ! Cantiknya mata aku! Aku pakai maskara! Eyeliner tebal ni, nampak besar mata aku! Cantiknya! Hehe, tadi aku siap pakai contact lens lagi. Mata aku jadi kaler biru. Mesti orang ingat aku 'minah salih'. Hehe. Cantiknya aku ! Ish, bulu mata lupa nak bagi lentik! Takpela, pakai bulu mata palsu pon dah okay dah. Ish3, Cantik sungguh aku ni kan ! Mesti ramai 'imam muda' terpikat dengan aku walau aku pakai niqab!

Aku/saya/ana ulangi....
>Gayanya seperti berkata "aku the muslimah, pandanglah aku, datanglah kepadaku."
 
Sangat bercanggahan dengan konsep wanita yang solehah itu tersembunyi.


Ada tak segala ciri-ciri di atas dalam penampilan antunna?
Jikalau ada, TOLONG, SILA, PLEASE, saya merayu, SILALAH UBAH.
Nak tanya balik, niat antunna pakai niqab ni untuk apa sebenarnya? Ikut fesyenkah? Nak tarik perhatian lelakikah? Atau nak 'menyembunyikan' diri dari pandangan duniawi? Kalau rasa pakai niqab untuk tarik perhatian lelaki yang baik-baik, tak payahlah. Kerana umum sudah mengetahui, "lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik; perempuan yang baik untuk lelaki yang baik". Jadi, kalau berasa diri antunna 'baik sangat' dengan berniqab untuk tarik perhatian lelaki baik, tolong lupakan jela niat antunna tu. Seorang lelaki yang baik lebih mengetahui dan mereka lebih bijak membezakan antara kaca dan permata. YOU GOT IT?

Sister-sister berniqab yang bersederhana> Berniqab dapat membantu diri menjaga perlakuan. Dengan berniqab, rasa diri semacam selamat dari gangguan-gangguan jahat di luar sana. Meningkatkan rasa rendah diri terhadap ALLAH SWT, dapat increase keikhlasan dan keimanan. To be honest, rasa macam BEBAS sangat walau dalam keadaan berniqab!

Memang sejuk mata melihat sister-sister yang memakai niqab dan bersederhana. Tapi, jadi sakit pulak mata bila melihat sister-sister yang berniqab tapi, pakaiannya OVER-VOGUE! Pakai pakaian kemas dan sederhana cukup. So, try to change~ UBAH NIAT dulu, insya'ALLAH itu dapat membantu anda.untuk mengubah penampilan.



*salah tegur, betulkan.