Pada bulan Februari 2017 yang lalu, buat pertama kalinya aku sebagai seorang yang tersangatlah biasanya telah menjejakkan kaki ke utara
tanah bebas, atau lebih dikenali oleh penduduk dunia dengan nama ‘Thailand’,
khususnya ke daerah Chiang Rai dan Phayao. Daerah yang bila awalnya aku sebut
nak ke sana, orang akan tanya ‘Buat apa kat sana?’ atau ‘Ada apa kat sana?’. Kerana
orang lebih terbiasa dengan nama-nama daerah di Selatan Thailand, Bangkok
ataupun kalau sebelah utara, orang lebih kenal Chiang Mai.
Dengan misi yang aku boleh hadiahkan ‘salute’ untuk
diri aku sendiri, untuk tinggal di sana lebih kurang sebulan di sebuah tempat bersama
orang yang tak seperkenalan, tak sebangsa dan tak sebahasa dengan aku. Walaupun
hakikatnya, bila dah sampai sana, baru tahu yang ada boleh tahan ramailah juga
tenaga pengajar dan pendakwah di situ boleh berbahasa Melayu. Mereka ini
rata-ratanya datang dari Selatan Thailand dengan niat ingin berdakwah atau
menjadi guru.
Waktu aku di situ adalah musim asam jawa (tamarind). Jadinya, semua pokok asam berbuah. Budak-budak kalau rasa nak makan buah asam, panjat saja pokok tu. Kami pon tumpang sekaki, tumpang makan. Bukan tumpang panjat pokok. Sebab bab panjat-memanjat ni macam agak gagal sikit. Kang tak pasal jadi cerita lain. Daripada cerita aksi Thai, jadi cerita drama lakorn Thai.
Dan salah satu benda menarik di Thailand ni sebenarnya adalah kedai 7-eleven dia. Tak dapat nak dibandingkan dengan 7-e Malaysia. Dekat 7-e Thailand, ada air Meiji. Di Malaysia tak ada. Ada burger. Ada nasi. Boleh panaskan guna microwave. Senang cakap, ada makanan Halal. Kedainya pon rata-ratanya besar. Boleh beli macam-macam. Kami ni setiap kali nampak 7-e mesti meroyan nak berhenti. Nak topuplah, laparlah, macam-macamlah. Ustaz pon dah tahu sangat dah sampai bila keluar je, ustaz akan tanya 'Nak pergi 7-e ke?'

Aku masih ingat saat dibawa ke majlis pernikahan pasangan
muallaf selepas beberapa hari tiba di Phayao. Itu merupakan pertama kalinya aku berada di majlis sebegitu. Saat yang aku impikan nak tengok dengan mata aku sendiri. Budaya itu. Perasaan itu. Saat kejadian itu sendiri. Kesaksian itu.
Buat pertama kalinya, aku pergi kenduri nikah orang yang tak seperkenalan, tak sekaum, tak sebangsa dan tak sebahasa dengan aku tetapi dilayan dengan ramah oleh tuan rumah dan keluarga. Yang aku suka bila mereka bagi isyarat mengalu-alukan kedatangan kami dengan ucapan 'sawadeekha/krap' sambil tangan dirapatkan ke paras dada dan mereka berterima kasih sebab sudi datang. Dan kami pon balas dengan perbuatan yang sama. Hanya mulut tersenyum tanpa sebarang kata-kata kerana kami memang tidak mampu bertutur di dalam bahasa Thai pun. Ustaz je jadi jurubahasa kami.
Itu juga pertama kalinya aku usyar sejenis makhluk Tuhan yang semua orang kutuk, hina dan maki dari jarak dekat. Terkagum sebentar aku waktu itu. Gemuk dan sihat makhluk tersebut, maklumlah nak dibuat kenduri kan. Pertama kalinya aku saksikan proses pembunuhan seekor makhluk Tuhan itu. Nak kata sembelih, macam tak sesuai pulak kan? Dia ada leher ke? (Harap korang faham makhluk apa yang kita sedang bincangkan ni)
Lepastu pertama kalinya dijamu makanan kenduri yang sangat humble, nasik putih dengan sup ayam yang disembelih ustaz pagi tadi. Minuman; air berkarbonat oren dan strawberi beserta air masak. Tiada ais.
Pertama kalinya saya tengok pasangan pengantin yang bertungkus lumus dari pagi subuh mengangkat kayu api, tolong ustaz sembelih ayam,tolong basuh pinggan mangkuk kuali belanga, tolong masak kat belakang rumah, dan melayani tetamu. Berpakaian tidak beraja sehari, hanya bert-shirt dan berjeans.
Pertama kalinya makan kenduri di atas kerusi buluh bawah pokok depan pagar rumah kemudian datangnya seekor mak anjing buat muka kesian minta makanan. Dem! Mata tu tak boleh nak kuyu lagi ke hah? Daripada takut, jadi marah, pastu kesian, pastu cuak balik, maklumlah tak biasa kami dengan budaya anjing datang dekat-dekat ni. Padahal orang-orang kat situ tenang je.
Paling kagum ialah bilamana saya buat pertama kalinya hadiri majlis kahwin dan ada sesi dakwah islamiyyah dan sesi soal jawab agama kat situ. Serius saya kagum dengan ustaz-ustaz itu menyampaikan agama kat orang kampung. Asal ada masa dan peluang ja, keluarlah butir2 dakwah tu. Sungguh mengagumkan!

Kat bawah saya kongsikan sedikit gambar ya.
Walimah muallaf di Phayao dan sesi dakwah |
Geng sukarelawan Misi7 perempuan bersama Cikgu Fadilah (dua dari kanan) |
Sarapan pagi sebelum ke sekolah |
Makan tengah hari sehari sebelum berangkat pulang |
Sebelum ke sekolah (Sukarelawan Sharifah Hasanah berjaket ungu) |
Kelas pagi di hujung minggu |
Sekolah di Ban Huay |
Pelajar lelaki di Phayao |
Pelajar di Ban Huay |
Ok. Sebenarnya nak sambung lagi, tapi ketandusan pulak idea ni tiba-tiba. Tak apa, nanti kalau idea datang lagi dengan bernasnya tentang hal-ehwal sepanjang kami di Chiang Rai, saya akan coret lagi di sini. Buat masa ini, sekian sahaja, Wassalam.