Wednesday, June 6, 2012

Kisah ROTI dalam bas.

Assalamualaikum wbth.,

Kisah ini terjadi pada tanggal 5/6/2012 ketika aku dalam perjalanan pulang dari Rumah Gemilang Sik-Alor Star-Kulim. Easier to say, this happened on my way home to Kulim from Alor Star. Aku naik bas AS-Kulim pada jam 5 petang. Aku naik je, bas tu dah penuh kat depan. So, no choice kenalah duduk di seat belakang.

Dalam perjalanan tu, tiba-tiba bas rosak. Kami semua kena berpanas berpeluhla tunggu pakcik tu solve segala bagai dekat tempat mechanic bas tu. Tunggu punya tunggu akhirnya pakcik tu cakap turun bas bawak barang sebab kita memang kena tukar bas. So, I just follow la that order-turun bas.

Sedang dalam menunggu bas baru datang, macam-macam la kerenah orang aku tengok. Makcik-makcik tu dok kecoh takut bas takdelah, kena naik bas Butterworth lah bagai. Sibuk tanya sampai pukul berapa. Nak bagitau jawapan pun tak boleh makcik ye, sebab bas baru tu pon tak sampai lagi, jadi tak tau la bila nak sampai Kulim. (Maaf ye makcik!) Pastu ada sorang mamad ni telefon kawan dia kot. Citer la problem tu. Siap cakap, "Kalau bas tak datang, aku kena naik bas Penang la. Tadak sape nak datang amek aku. Menangis aku!". (Maaf ye bang! Bukan sengaja nak curik dengar, tapi, abang dok sebelah saya, tu yang terdengar!).

Aku?

Apa yang aku buat time tu ye? Aku hanya senyum, senyum, nak tergelak, bebal,etc. Bukan apa, aku ni memang suka tengok gelagat orang. So, peristiwa yang best la untuk aku!
Lagipon, aku still ingat pesan ustaz, "Allah sentiasa bersama kita. Hanya Allah tempat sebaik-baik tempat meminta pertolongan, jadi, minta tolonglah dengan Allah". Jadi, I try to be kool (walau hakikatnya hati panas...)


Dalam half an hour gitu, bas pon sampai, Alhamdulillah. Aku pon cepat-cepat angkut barang naik bas. Jadi orang first naik bas baru tu. Hehe. Dan, alangkah aku bersyukur. Betullah janji Allah dengan ganjaran orang yang bersabar. Tau kenapa? Bas yang baru sampai ni clean, sejuk, selesa, better than bas tadi yang rosak. Alangkah happynya hatiku ini ! Jadi, aku pun mula mencari seat yang aku nak.


Dah jumpak, aku pon duduklah kat seat tu. Backpack letak kat sebelah because bas tak penuh. Kira banyak seat kosong. Bas pon mula bergerak meninggalkan perkarangan bengkel bas. Betapa hati ini bersyukur, hanya Allah yang tau!


Tak sampai beberapa minit perjalanan, perut ini terasa lapar. Nasib baik ada roti yang aku beli tadi. Ada la Roti Coklat Kismis Gardenia tu (Bukan nak promote ye). Aku pon grab roti tu, Bismillahirrahmanirrahim.....ngap. Habes dua keping, aku simpan balik le plastik tu.


Tiba-tiba, sedang aku melayan perasaan sorang-sorang. Aku terdengar suara memanggil. Somekindof... "Ukhti, ukhti.." Aku pon palingkan kepala aku kat kerusi line sebelah kanan. Okay, brader kerusi seberang sana yang panggil aku rupanya. Kenapakah? Dia menyuakan sekeping kertas. Aku dengan penuh tanda soalnya amekla kertas tu. Segan nak baca habaq hang. Tapi, baca jugakla...
Salam...Maaf ganggu..
Ya ukhti, saya nak beli roti ukhti boleh?
Saya lapar sangat dah...
Saya bayar dekat ukhti.

Kertas itu bertulis ayat berikut. Aku pon dah mula gelabah. Aduhai... cenggane ni wei?? Garu kepala yang tidak gatal. Bila dipandang, tak kalih pulak mamad tu. Tampaq satgi kot. Nak bagi ke nak buat tak tau je ni?? -_-" Cenggane ni?? Pandang sekali lagi, tengok-tengok dia pandang aku, aku pon buat buat isyarat ajela.

"Mahukah roti?" Jari ditunjukkan ke arah roti. Kening double jerk.
"Ok". Brader tu angguk kepala.

Aku pon amek roti tu kasi ke dia. Dia buat isyarat, "How much need to pay hah?"
"No need lah." Tangan digawang-gawang tanda no thanks.

Dia makan roti tu, aku buat tak nampak aje. Malu gila! Rasa nak lari turun bas aje. Tak pon nak tidur aje sampai rumah. 

Dah selesai makan, aku ingat dia pon nak buat tak tau aje. But, suddenly, "Ukhti, ukhti.."
Aku pandang ke muka dia. Dia kasi balik plastik roti tu, dengan isi roti tu ada lagi sekeping.
Aku amek jela sambil cakap, "Pelik-pelik betul".
Terus letak plastik tu dalam beg. Tak usik langsung dah. Diam tak berkutik kat atas kerusi tu hah. Nak buat apa pon dah malu.

Akhirnya, aku tertidur. Jaga-jaga dah terlepas pon bus stop depan rumah aku. Terpaksa turun kat stesen bas Kulim. Waktu nak turun tu, saja ja brader tu turun lambat. He said, "Thanks". Sambil senyum. Aku angguk aje sebab malu sangat dah.

Sesampainya di rumah, aku pon nak keluarkan barang-barang aku dari beg aku. Aku pegang plastik roti tu. Baru aku perasan rupa-rupanya terselit sekeping kertas dan sekeping duit RM10 kat gulungan plastik tu. Aku pon amekla baca.

Isi surat dirahsiakan. Hehe. Sengal. Malu aku baca surat tu sorang-sorang. Walaupon duduk sorang-sorang, rasa macam nak sorokkan aje muka ni hah. Nak menangis rasanya kot. Tiba-tiba aku teringat, padanlah waktu bas rosak tu dia dok usyar senyum-senyum-malu-kucing aje. Ingatkan aku ni aje terperasan sorang-sorang dia usyar aku. Time atas bas tu pon dok seyum-malu-tunduk aje dengan aku ni hah. Tak ke pelik mamad ni aku kata. But, maaf ye brader, I've searched for you on FB using the given email, but I didn't found. Mungkin, setakat itu sahaja kisah pertemuan kita. Bwahaha.

Well, hanya Allah yg mengetahui segala sesuatu, baik yang sudah berlaku, sedang berlaku dan yang akan berlaku.
Hanya pada Dia, kita berserah seadanya. 
Terima kasih Ya Allah atas segala nikmatMU yang telah Kau curahkan ke atas kami.


Sekian, Wassalam. (:


1 comment:

  1. ehem..ehem...saya suka cerita ni...hehe...

    ReplyDelete