Wednesday, March 7, 2012

Kau~berdua

Kau yang menjaga aku
Kau yang mencintaku
Kau yang mengasihiku

Kau yang tidak pernah lelah melayan ragamku



Teringat zaman kecilku, kau melayan setiap karenah aku yang nakal dan manja.  kihkihkih (:

Kau marah kerana sayang.
Ketika aku sedih kau pendampingku. Mama, you're the best motivator!


Bak kata sahabat, segala yang kau korbankan terlalu banyak, terlalu tinggi. Nak digantikan dengan Gunung Jerai pon tak mampu.


mama <3 baba



Melihat senyummu, hatiku berbunga-bunga bahagia.
Melihat airmata gembiramu, itu impianku. Bila masa tu huh?

Melihat dukamu, aku juga terasa. Ingin sahaja jari-jemariku menjadi tisu mengusap airmata yang mengalir di pipimu itu.
Melihat airmatamu, aku resah dan gelisah. Hatiku gundah akalku tak tentu arah. Rasa ingin pulang terbang melayang mengubati hati laramu.



Masakanmu...sungguh aku rindu. Sehebat-hebat masakan IronChef dan ChefWan, namun penangan masakan hasil air tanganmu masih tiada tandingan! Sentiasa dirindu di relung qalbu terdalam. Walau hanya sebiji telur mata, perghhh~! Sungguh mengancam!

zaman dahulukala

bro-latest edition

Bila aku dan kakak-kakak pulang ke rumah menambah-banyakkan keriuhan di rumah, terpancar kebahagiaan di wajahmu. Aku terlihat itu di relung wajahmu walau kau tidak meluahkan. Namun, di saat kami mula kembali ke perantauan, hilang sedikit sinar kebahagiaan itu. Aku tahu, kerana aku juga merasakan.
Kata kakak, mulalah tak berselera makan, sakit itu, lenguh ini.(:

Sebenarnya aku tahu, kau sedang menyimpan duka di sebalik wajahmu. Aku tahu itu. Maafkan aku. Aku tak mampu nak menyelami hatimu dengan lebih dalam. Kerana kau terlalu perahsia. Aku tidak tahu cara membantumu.
Aku hanya bisa mendoakan dari kejauhan. Aku tidak pernah risau akan diriku, kerana aku tahu, kau tidak pernah lupa aku dalam setiap cebisan doamu.

Aku sedar, setiap apa yang kau lakukan sebenarnya adalah cebisan-cebisan pengorbanan terhadap aku-kami. Ucapan TERIMA KASIH dan juga doa buatmu aku hadiahkan kerana itu yang termampu. Walau hakikatnya itu tidak mencukupi.

MAAFKAN AKU yang sentiasa terlupa.

1 comment: