Friday, January 27, 2012

Kisah aurat bersama MakYah


AURAT?

Aurat ni bukan sahaja bererti anggota badan yang harus di'cover' dari penglihatan orang-orang yang tidak sepatutnya, tetapi NAK SENTUH PON TAK BOLEH tau!

AURAT muslimah dengan lelaki ajnabi> SELURUH ANGGOTA BADAN kecuali MUKA dan PERGELANGAN TANGAN.


AURAT muslimah dengan muslimah lain> DARI BAHAGIAN PUSAT HINGGA KE LUTUT.

AURAT muslimah dengan perempuan bukan muslimah> SELURUH ANGGOTA BADAN kecuali MUKA dan PERGELANGAN TANGAN.

AURAT muslimah dengan keluarga kandung lelaki dan perempuan> DARI BAHAGIAN PUSAT HINGGA KE LUTUT.

"Nak tanya, SIAPAKAH lelaki ajnabi kepada seorang perempuan muslimah?"

~Lelaki ajnabi ialah SEMUA LELAKI(termasuk SEPUPU LELAKI dan ABANG IPAR, bapa saudara ipar, adik lelaki ipar) kecuali ayah kandung, abang kandung, adik lelaki kandung, bapa saudara kandung, ayah tiri, bapa mertua, saudara sepersususan. Kat depan mereka ni, kita kena tutup aurat la-pakai tudung, tshirt long sleeves, etc.




"MakYah, apa pulak maksud aurat antara muslimah dengan muslimah lain tu? Tak faham la"

~Muslimah lain tu adalah SEMUA MUSLIMAH yang tidak ada hubungan persaudaraan dengan kita. Contohnya macam di hostel, kawan-kawan kita di hostel tu bukan ada pertalian darah pon. Jadi, jagalah aurat sesama muslimah di hostel-pusat hingga lutut. Yang ni jugak ada kelebihannya. Dapat mengelakkan dari terlibat dengan gejala LESBIAN. Betul tak?



"Yang aurat muslimah dengan perempuan bukan muslimah tu macam mana pulak? Susah la macam tu. Banyak hair salon amoi Cina punya."

~Sayang, perempuan yang non-muslim tu kamu tahu kan,perempuan yang tidak melafazkan syahadah dan tidak embrace Islam la. Hair salon memang banyak yang Chinese non-muslim punya, MakYah tak nafikan. Tapi, kan ada je hair salon khas untuk muslimah. Pergi jela situ.Haa, yang MakYah nak tegur ni, ada je muslimah yang pakai tudung pergi hair salon Chinese non-muslim. Dahla tu, hair salon tu spesis PINTU DINDING CERMIN. Bayangkan, time dia bukak tudung tu, orang yang lalu lalang kat luar mesti nampak rambut dia tu kan. Free je mereka- mereka itu melihat aurat si muslimah yang bertudung tapi bukak tudung kat hair salon tu. Jatuh saham..... -_-

contoh hair salon pintu-dinding cermin


"MakYah cuba terangkan pulak pasal aurat muslimah dengan keluarga kandung lelaki dan perempuan"


~
Siapakah keluarga kandung kita? Rasanya semua sudah sedia maklum kan? Tetapi, tetap ada batasnya. Ada aurat juga antara kita, muslimah dengan keluarga kandung kita sendiri baik lelaki atau perempuan. Auratnya ialah dari bahagian pusat hingga ke bahagian lutut.
Rasanya kamu mesti selalu terbaca kes-kes 'haruan makan anak' la bagai. Di mana, bapa rogol anak, abang rogol adik. Ini boleh dikatakan berpunca dari tidak menjaga batas di dalam rumah la ni. Dalam rumah boleh je pakai shorts sependek habis, skirt sependek habis, baju yg 'pelik'... Jadi, mulai sekarang, ubahlah cara pemakaian anda. Biarlah orang nak kata ustazah ke apa, yang penting hidup bahagia dengan keredhoan ALLAH SWT.