Wednesday, January 5, 2011

Semangat!!!!


3,2,1....HAPPY NEW YEAR!!!! Sedar tak sedar, sekarang 2011 pon sudah menjengah. Tahun 2010 menjauh pergi meninggalkan kita.
Shark masih konfius apa yang perlu dilakukannya sementara ada masa yang terluang ini.
Seperti biasa, kakak-kakaknya kerap bertanya mengenai perkara tersebut. Pada mulanya, Shark ingin ikut sahaja cadangan babanya untuk mengikuti Arabic Camp di Grand New College. Tetapi, setelah mamanya berkata bahawa yuran program tersebut agak mahal, jadi, dia mengambil keputusan untuk tidak mengambil bahagian dalam program tersebut.

Oleh kerana terlalu 'blurr' dan tidak tahu untuk berbuat apa pada sepanjang waktu cutinya, Shark memberi idea 'bernas' kepada mamanya bahawa dia ingin bekerja. Namun, apa yang menjadi masalahnya ialah, dia tidak tahu apa kerjanya tuh..... Mom 'on' je...Siap cadangkan tempat dan bagi sedikit 'tazkirah'.

Beberapa jam kemudian, otak Shark memberi idea lain pula. 'Apa kata if aku amek STAM?' Persoalan hati Shark. Dia kemudiannya menyuarakan idea tersebut kepada mamanya. "Ma, saya amek STAM je la, ma..." Shark meluahkan.
"Berapa lama sangat kamu nak amek tuh? Dah nak kena pergi NSP.." Mom bertanya kembali.

"Alaaa..saya belajar je three months. Then, pergi la NSP. Balik NSP sambung la balik Form6. Boleh kan gitu?" Shark menjawab pertanyaan bonda terchentanya.

"Ikut la.... Jangan hangat-hangat tahi ayam sudah..." Mama Shark berpesan.
"Ma, esok nak pergi WhiteBlacqk-impact High School. Nak tanya pasal Form6." Shark membuat pernyataan.

"Pergi la...boleh tanya apa yang patut.." Mamanya memberi sokongan. Shark tersenyum gembira.
'Betulkah aku ni? Takut jugak kalau aku hangat-hangat tahi ayam je nieh.' Shark berprasangka kepada dirinya sendiri.'Takpe! Aku kena semangat! Baru boleh buat!' Shark memberi semangat untuk dirinya sendiri.

Keesokan harinya.....
Pagi tersebut Shark bersiap-siap untuk ke WhiteBlacqk-impact High School. Dia akan pergi bersama baba dan mamanya.

Sesampainya di high school tersebut, Shark keketaran. 'Apesal aku nieh? Ketaq gilerr...Be k0ol, be k0ol...Jangan nervous..' Shark berusaha menenangkan diri sendiri.

Shark bersama mamanya melangkahkan kaki ke idarah@pejabat high school tersebut.
"Assalamualaikum." Ucapan salam dari mama Shark sambil menolak pintu idarah.
"Wa'alaikumussalam." Kedengaran sahutan salam mama Shark dari sebelah dalam idarah.

"Ya, ada apa?" Tanya orang dalam ofis tersebut.
"Anak saya nak amek Form6 kat sini..." Mama Shark membuka bicara.

"Owh, macam ni, kalau apa-apa hal berkaitan pelajar Form2 sampai Form6, sila datang 9 January nanti. Orang yang nak uruskan pasal tuh tengah sibuk uruskan pendaftaran pelajar Form1. 9 January nanti akan ada taklimat sekali pasal pendaftaran Form6."
Orang tersebut menjawab.

"Baiklah, kalau begitu, tak apelah...Terima kasih" Mama Shark mengucapkan terima kasih.

"Ya...ya.. Sama-sama." Orang ofis menjawab terima kasih mama Shark.
Shark dan mamanya terus keluar dari idarah tersebut. Kemudian terus keluar dari perkarangan WhiteBlacqk-impact High School.Setelah itu, mereka pon pulang ke rumah.

~Semangat Shark~ Entah lerr....blurr gila.. kabur semangat!!