Wednesday, April 21, 2010

PERPISAHAN

>>Di saat Shark dalam dilema, dia diamkan sahaja, tidak mahu rakan-rakannya terganggu dek masalahnya itu. Maka dengan itu, bertambahlah tahap keblurran pemikirannya. Dalam diam, dia menyimpan satu hasrat. Satu tekad yang tidak mungkin diubahnya lagi. Diam2, dia mengambil keputusan untuk membawa diri dan hatinya yang dalam kesuraman ke tempat lebih jauh. Tiada seorang pun dari sahabat baiknya yang mengetahui perkara tersebut. Namun, hakikatnya, Shark telah memberitahu Keane tentang keputusan hatinya itu.

Borang pertukaran diambil dan diisi. Walau hatinya berat ingin mengisi borang tersebut, tetapi digagahkan jua. Ini adalah untuk masa depan! Itu katanya di dalam hati. Serasa seperti ingin menangis tatkala mengisi borang tersebut apabila wajah rakan-rakan berputaran di tubir mata. Hatinya gundah, tetapi, jari-jemarinya masih kejap mamegang pen.

Sahabat-sahabat Shark berjaya mengesani perubahan tingkah lakunya. Dari seorang yang happy-go-lucky dan gila-gila, Shark berubah menjadi pendiam, penyepi, dan sering melarikan diri dari mereka.

Minggu terakhir Shark di sana, barulah berita perpindahannya dihebahkan. Ramai sahabatnya yang terkejut. Sahabat-sahabat berharap dia membatalkan perpindahan, namun, tiada siapa mampu mengubah keputusan muktamadnya itu. Maka, hilanglah seorang Shark dari Ninja Crystal Bearer High School pada minggu hadapannya.............
>>>>>><><<<>>ngeh3..........aku gilak!!!!

No comments:

Post a Comment